Gaji menteri, pembantu menteri di Sabah dipotong 50 peratus

Gaji menteri, pembantu menteri di Sabah dipotong 50 peratus
Bendera Sabah

Gaji menteri, pembantu menteri di Sabah dipotong 50 peratus

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk melakukan pemotongan gaji sebanyak 50 peratus bagi semua menteri dan pembantu menteri selama dua bulan berkuatkuasa Jun ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri Sabah pada Rabu.

“Kabinet Sabah mengambil keputusan pemotongan gaji 50 peratus semua menteri dan pembantu menteri selama dua bulan berkuatkuasa bulan ini.

“Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga turut menyumbangkan 30 peratus daripada gaji mereka selama sebulan,” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Khamis.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, semua jumlah yang diperoleh itu akan digunakan sebagai dana membiayai pengurusan pandemik Covid-19.

“Semua simpanan itu akan digunakan sebagai dana untuk membiayai pengurusan pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut mengumumkan kabinet negeri akan memberikan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 Covid-19 berjumlah RM120,469,481 dan tambahan RM34.4 juta untuk bantuan bakul makanan kepada semua sektor yang terkesan akibat pandemik ini.

Gaji menteri, pembantu menteri di Sabah dipotong 50 peratus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Panas!!! Siapa Penyanyi Remaja Gemar Berbogel Secara Terbuka Yang Didedahkan Oleh Netizen??

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker