Caprice sahkan Ebit Lew OK di Palestine

Caprice sahkan Ebit Lew OK di Palestine
Caprice sahkan Ebit Lew ‘OK’ – “Berita ustaz hilang tu palsu, jangan sebarkan!”

Tindakan pendakwah terkenal, Ebit Lew tidak mengemas kini beberapa laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu menimbulkan kegusaran buat rakyat negara ini khusus pengikutnya.

Berdasarkan semakan di laman sosial Facebook dan Instagram miliknya hari ini mendapati kali terakhir beliau membuat hantaran adalah pada 27 Mei lalu.

Menerusi sebuah portal, rata-rata pengikut pendakwah popular itu menitipkan doa buat beliau agar selamat dalam misi menghantar keperluan asas serta ubat-ubatan ke Palestin.



Penyanyi dan selebriti media sosial, Caprice mengesahkan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew dalam keadaan selamat yang melakukan misi kemanusiaan di negara bergolak bagi menyampaikan sumbangan.

Menerusi sebuah posting di laman Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkongsi tangkapan skrin perbualan WhatsApp bersama pendakwah tersebut sekali gus menafikan berita palsu yang tersebar.

“Alhamdulillah.. Ustaz Ebit Lew dalam keadaan okay. Yang kongsi berita ustaz hilang tu adalah berita palsu, tolong jangan sebarkan,” katanya.

Menerusi paparan skrin itu juga, Caprice sempat menitipkan pesanan dimana dia sedia berkhidmat dan memberikan sokongan sepenuhnya jika pendakwah berusia 36 tahun itu memerlukan sebarang bantuan.

“Jaga diri.. kalau ada apa-apa yang boleh dibantu, tolong beritahu saya. Kita semua di belakang ustaz,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa syukur selain mengakui ramai yang bimbang dengan keselamatan Ebit kerana dilihat sudah lama tidak mengemas kini status di media sosial.



Syukur! Jangan la kongsi berita palsu…

Caprice sahkan Ebit Lew OK di Palestine

Moga dipermudahkan urusan beliau di sana

Caprice sahkan Ebit Lew OK di Palestine

Ramai yang risau… mungkin demi keselamatan



Minggu lalu, media melaporkan Ebit dijangka akan pulang dari misi kemanusiaan tersebut dalam masa terdekat selepas berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu.

Caprice sahkan Ebit Lew OK di Palestine


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ebit Lew berlepas bersama misi kemanusiaan ke Gaza



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker