UPUOnline mulai 15 Jun, Lepasan SPM 2020 boleh kemas kini

Sebaran :

UPUOnline mulai 15 Jun, Lepasan SPM 2020 boleh kemas kini

UPUOnline mulai 15 Jun, Lepasan SPM 2020 boleh kemas kini

PUTRAJAYA – Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh mula mengemas kini pilihan program pengajian masing-masing menerusi UPUOnline yang dibuka untuk dikemas kini selama tujuh hari bermula 12 tengah hari pada 15 Jun ini hingga 5 petang, 21 Jun.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada Khamis, pemohon boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian berdasarkan keputusan SPM 2020 kecuali bagi program pengajian yang telah dipanggil temu duga atau ujian.



“Hebahan keputusan permohonan UPUOnline lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 dijangka dibuat pada minggu ketiga Julai ini,” kata KPT.

Serentak dengan pembukaan fasa pengemaskinian tersebut, KPT akan melaksanakan program Jom Masuk IPT Virtual 2021 (JMIPT Virtual 2021) dengan kerjasama Universiti Malaya, bagi memastikan penyampaian maklumat berkaitan akses pendidikan tinggi tidak terjejas walaupun negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

Menurut KPT, program tersebut melibatkan penyertaan semua universiti awam, politeknik, kolej komuniti, Institusi Latihan Kemahiran Awam, Agensi Kelayakan Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Bahagian Biasiswa KPT.



Program itu terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama mulai 15 hingga 21 Jun ini yang dikhususkan kepada pemohon lepasan SPM, manakala fasa dua bermula 8 hingga 12 Ogos, khusus untuk pemohon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setarafnya, kata KPT.

Menerusi jaringan komunikasi sedia ada iaitu talian hotline, sistem maklum balas dan e-mel rasmi sepanjang program berlangsung, KPT berkata JMIPT Virtual 2021 menyediakan 29 slot webinar,

UPUOnline mulai 15 Jun, Lepasan SPM 2020 boleh kemas kini


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Panas!!! Siapa Penyanyi Remaja Gemar Berbogel Secara Terbuka Yang Didedahkan Oleh Netizen??

 


Sebaran :

Leave a Reply