Ebit Lew sebak serah bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin



Sebaran :


AIR mata pendakwah dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) hari ini tumpah di bumi Gaza selepas beliau akhirnya berjaya menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.

Memetik laporan Astro Awani, tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesyukuran UEL apabila usahanya untuk menyalur bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dipermudahkan oleh Allah SWT.

Ebit Lew berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.



UEL yang berjaya memasuki Gaza hari ini mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usai mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.

Menurutnya, bantuan berupa barangan keperluan serta ubat-ubatan sebanyak dua treler dan beberapa buah lori dihantar terus ke hospital di Gaza untuk disalurkan kepada yang memerlukan.

“Syukur pada Allah. Saya beli barang keperluan asas dan ubat-ubatan dua treler besar dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital-hospital Gaza hari ini.



Saya bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent. Terima kasih semua yang bersama misi ini.

“Demi rasa kekeluargaan. Menangis masa berdoa bersama tadi. Tak senang urusan ini tetapi dimudahkan oleh Allah. Terima kasih doa semua,” kata Ebit.

UEL yang selama ini sangat dikagumi dan dihormati ramai kerana sentiasa menghulur bantuan kepada rakyat Malaysia berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.



Misi itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa yang perlu dipatuhi termasuk apabila kembali ke Malaysia. Utv

Tiada halangan untuk Ebit Liew anjur misi bantuan – Pesuruhjaya Polis Sabah


Sebaran :


Leave a Reply