Pejabat MB Johor nafi tak jemput Syed Saddiq ke sesi khas wakil rakyat


Menteri Besar Johor menafikan dakwaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang beliau tidak dipelawa menyertai sesi perbincangan khas wakil rakyat negeri itu secara maya untuk membincangkan keadaan Covid-19 pada Khamis lalu.

Pejabat Hasni Mohammad berkata, surat jemputan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, dihantar kepada semua Ahli Parlimen dan ADUN Johor, termasuk wakil pembangkang untuk menyertai sesi perbincangan khas itu, dengan tiada seorang pun yang tercicir daripada senarai jemputan itu.

“Kelancaran perbincangan dijalankan dengan kerahsiaan yang perlu dipatuhi dan ini termasuk tempat diadakan adalah di lokasi yang dipilih Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Khidmat Pengurusan) berdasarkan SOP dibenarkan Majlis Keselamatan Negara.

“Ingin ditegaskan bahawa perbincangan yang diadakan demi kebajikan rakyat Johor dalam mendepani Covid-19 dan kerajaan negeri mengambil serius perkara tersebut dalam pelbagai aspek, sekali gus tidak mengamalkan sikap pilih kasih terhadap pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, kerajaan Johor mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen dan ADUN yang menyertai perbincangan itu, termasuk wakil pembangkang.

“Terima kasih juga atas sikap responsif Ahli-ahli Yang Berhormat atas jemputan tersebut, termasuk yang memaklumkan lebih awal tidak dapat turut serta dalam sesi perbincangan berkenaan.

“Kerjasama menerusi politik ‘Cara Johor’ ini diharap dapat terus diperkukuhkan pada masa akan datang demi kemakmuran rakyat dan negeri Johor.”

Pada 27 Mei lalu, Syed Saddiq menerusi Twitternya berkata, beliau tidak menerima sebarang jemputan atau maklumat mengenai mesyuarat menteri besar bersama ADUN dan Ahli Parlimen Johor.



Beliau menyifatkan perkara itu malang kerana mempunyai tanggungjawab dan amanah untuk dipikul kepada rakyat Parlimen Muar.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik pula mendakwa beliau tidak dibenarkan menyertai mesyuarat itu dengan alasan Hasni sudah memulakan ucapan.

Katanya, beliau bersedia sejak 9.45 pagi dan menantikan urusetia Pejabat Menteri Besar Johor membenarkannya menyertai mesyuarat itu, dan sehingga 10.15 pagi, beliau terkejut apabila ditolak untuk menyertainya.

“Saya sudah menerima pautan mesyuarat, tetapi bila nak masuk tidak dibenarkan dan alasan diberi menteri besar sudah berucap, takkan mula berucap sebelum waktu mesyuarat bermula?” katanya pada Khamis lalu.



Minggu lalu, Sultan Johor menitahkan semua Ahli Parlimen dan ADUN negeri itu memberikan buah fikiran serta pandangan masing-masing dalam membendung penularan Covid-19 dan menyelesaikan masalah dihadapi Bangsa Johor.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyeru satu perbincangan secara pemesyuaratan diadakan dalam kalangan semua Ahli Parlimen dan ADUN di Johor dengan dipengerusikan menteri besar. FMT

Syed Saddiq didakwa berborak lucah dengan pelajar di WhatsApp



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker