Kanak-kanak 2 tahun maut didera, ibu dan kekasih ditahan
Kanak-kanak 2 tahun maut didera, ibu dan kekasih ditahan
BETONG: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia di Hospital Betong, dipercayai akibat didera.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar) yang mengesahkan kejadian itu berkata, ibu dan teman lelakinya kini ditahan untuk siasatan lanjut kes tersebut.
“Kes ini masih dalam siasatan. Saya tidak boleh bagi maklumat lanjut selain mengesahkan ada laporan dibuat oleh pihak Hospital Betong tentang kes kematian kanak-kanak berusia 2 tahun yang mempunyai kesan lebam pada tubuh si mati.
“Ibu dan teman lelaki ibu kanak-kanak terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi WhatsApp hari ini.
Jelas Aidi, Ketua Polis Daerah Betong akan mengeluarkan kenyataan media berkaitan kes itu.
Tambahnya, polis masih menunggu butiran kes serta laporan penuh.
Difahamkan, jenazah kanak-kanak malang itu kini ditempatkan di Hospital Betong untuk tindakan selanjutnya termasuk mengenal pasti punca kematian.
Kes itu turut tular di media sosial yang memaparkan gambar kedua-dua suspek bersama kanak-kanak berkenaan.
Selain itu, hantaran yang dimuat naik salah seorang ahli keluarga dipercayai bapa saudara kanak-kanak tersebut meminta agar orang ramai yang mengenali suspek untuk segera menghubunginya.
“Kes ini masih dalam siasatan. Saya tidak boleh bagi maklumat lanjut selain mengesahkan ada laporan dibuat oleh pihak Hospital Betong tentang kes kematian kanak-kanak berusia 2 tahun yang mempunyai kesan lebam pada tubuh si mati.
“Ibu dan teman lelaki ibu kanak-kanak terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi WhatsApp semalam.
Kes itu tular di media sosial yang memaparkan gambar kedua-dua suspek bersama kanak-kanak berkenaan.
Selain itu, hantaran yang dimuat naik salah seorang ahli keluarga dipercayai bapa saudara kanak-kanak tersebut meminta agar orang ramai yang mengenali suspek untuk segera menghubunginya. UB
Kanak-kanak 2 tahun maut didera, ibu dan kekasih ditahan
Baca Artikel Menarik
- Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja
- Had masa 2 jam di pusat beli-belah ditarik serta-merta, kata menteri
- Naik menyampah semua iklan muka Ayda Jebat?
- Resepi Ayam Masak Merah Tomato
- Resepi bingka labu berkeju sedap
- Proses vaksinasi lembab bukti ketidakmampuan pemerintahan – Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Jangan diam diri saja, Najib beritahu kerajaan berkait isu minyak masak
You must be logged in to post a comment.