Mahathir tidak hairan, tetap mahu bercakap tentang isu 3R

Mahathir tidak hairan, tetap mahu bercakap tentang isu 3R

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan dia akan terus bersuara mengenai isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) walaupun berterusan disiasat pihak berkuasa.

Mahathir dipetik oleh portal Berita Harian sebagai berkata dirinya sudah sembilan kali dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung isu 3R.



“Nak siasat, siasatlah… ini sudah sembilan kali saya dipanggil. Selepas ini 10, 11 (kali)… tak apa, kita akan kira berapa kali dipanggil,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, di Markas PAS Kawasan Bakri, di Muar, malam tadi.

Dia juga dipetik oleh akhbar harian itu dalam mengulangi dakwaannya bahawa larangan membangkitkan isu 3R adalah tidak perlembagaan.

“Saya baca Perlembagaan beberapa kali, hendak cari adakah Perdana Menteri boleh membuat undang-undang sedangkan yang boleh buat (undang-undang) adalah Dewan Rakyat.

Katanya, dia telah membaca Perlembagaan Persekutuan berulang kali untuk mengetahui sama ada Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh membuat undang-undang sedemikian, tetapi mendapati hanya Dewan Rakyat yang boleh berbuat demikian.



“Dia (Perdana Menteri) nak tutup mulut kita bercakap isu 3R, apa hak dia? Tetapi saya tahulah beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) boleh suruh polis soal saya.

“Saya nak cakap juga untuk bangsa saya. Saya tak nak melihat bangsa saya hilang negara. Mk

Mahathir tidak hairan, tetap mahu bercakap tentang isu 3R

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?



Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker