Biodata Artis Faradhiya. Profail dan Latar Belakang

Sebaran :

Biodata Artis Faradhiya. Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Farahdhiya. Berikut adalah Profail dan Latar Belakang Artis Farahdhiya Mohd Amin lahir pada lahir 28 hb April 1984. Farahdhiya Mohd Amin ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia.

Beliau mula meraih kejayaan komersial pada 2004 menerusi single sulungnya, “Bertakhta Di Hati” yang dimuatkan dalam album studio pertamanya yang bertajuk sama. Pada tahun 2015, beliau menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kedua di Astro Ria di mana beliau dinobatkan sebagai naib juara. Bagi kerjayanya sebagai pelakon, antara kredit lakonannya termasuk Spa Q, Derhaka Seorang Madu dan Rumah Siti Khadijah.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 28 April 1984 di Sarzana, Itali dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan berketurunan kacukan Melayu-Inggeris. Ibunya berasal dari Portsmouth, England manakala ayahnya berasal dari Johor. Mendapat pelajaran awal di Sekolah Menengah Telok Gadung, Klang, Selangor kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.



Kerjaya

Farahdhiya mula menjinakkan diri di dalam dunia nyanyian sejak berusia belasan tahun lagi di bawah naungan KRU Records. Kini bernaung di bawah NAR Records. Beliau telah menghasilkan dua buah album, Bertakhta Di Hati dalam tahun 2004 dan Yang Ku Puja di akhir 2006. Bertakhta Di Hati mendapat tempat di dalam carta carta di dalam radio Era dan Hot FM serta mendapat pencalonan di dalam Anugerah AIM sebagai Artis Baru Terbaik.

Selain menyanyi, Farah Dhiya berkecimpung di dalam bidang pengacaraan di mana beliau menjadi hos rancangan realiti, Jaguh Futsal RTM selama beberapa episod. Selain dari itu, Farahdhiya juga telah berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Drama pertama lakonannya adalah Mencari Arah Kiblat yang disiarkan di TV sempena Awal Muharam 2007. Pada masa kini, beliau membintangi drama popular di TV3, dalam slot akasia, iaitu Spa Q untuk 60 episod, yang disiarkan pada 23 Oktober 2007 hingga 31 Januari 2008 lalu, sebagai Fatin. Drama inilah yang menaikkan namanya sekarang.

Kemunculan semula beliau dalam pertandingan Gegar Vaganza nama beliau kembali diperkatakan dalam bidang muzik bila berjaya memenangi tempat kedua pertandingan tersebut dengan perbezaan markah kurang dari 2 markah dari pemenangnya Siti Nordiana.


Biodata Artis Faradhiya.

Farahdhiya
Kelahiran
Farahdhiya binti Mohd Amin

28 April 1984 (umur 37)

Sarzana, Itali
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif 2004–kini
Kerjaya muzik
Genre Pop, R&B, Balada
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman
KRU Records
NAR Records

FOTO

Biodata Artis Faradhiya. Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Faradhiya. Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Faradhiya. Profail dan Latar Belakang


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

Biodata Artis Nur Risteena Munim. Profail dan Latar Belakang

 



Sebaran :

Leave a Reply