Pemilik syarikat motor ‘tabik’ kejujuran penghantar Foodpanda tolak tawaran bantuan motosikal

Pemilik syarikat motor ‘tabik’ kejujuran penghantar Foodpanda tolak tawaran bantuan motosikal

Pemilik syarikat motor ‘tabik’ kejujuran penghantar Foodpanda tolak tawaran bantuan motosikal

Selain tidak memilih pekerjaan, penghantar Foodpanda Muhammad Syamil Mansor, 19, yang kisahnya tular kerana menghantar makanan menggunakan basikal di Kota Bharu, turut menolak tawaran pemberian motosikal oleh sebuah syarikat menjual motosikal.

Dalam hantaran di Facebook (FB) Motor Lian Soon hari ini, pemiliknya mengucapkan terima kasih kepada rakan FB yang berkongsi dan memberikan komen terhadap hantarannya.



Pemilik syarikat motosikal itu turut memuji sikap jujur ditunjukkan Syamil yang menolak pemberian itu kerana sudah mempunyai motosikal sendiri.

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan FB yang tolong ‘share’ dan komen. Atas kerjasama kalian, adik Syamil dah berjaya contact (hubungi saya) dan beritahu bahawa dia sudah ada sebiji motosikal Modenas.

“Dia jujur dan menolak tawaran. Semoga adik dipermudahkan dalam semua urusan,” katanya.

Pemilik Motor Lian Soon sebelum ini dalam hantaran di FB berkongsi kisah tular Syamil mengayuh basikal di Kota Bharu untuk menghantar makanan sambil menyatakan keinginan berkongsi rezeki dengan menghadiahkan sebuah motosikal kepadanya.



Beliau turut meminta orang ramai yang mengenali Syamil memberikan maklumat dan menghubunginya.

Kisah Syamil sebelum ini tular kerana tidak memilih pekerjaan dan nekad menjadi penghantar makanan dengan mengerah kudrat mengayuh basikal demi mencari pendapatan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dan sekatan pergerakan penuh.

Syamil menceburi pekerjaan itu sejak dua bulan lalu selepas mendaftar dengan sebuah syarikat khidmat penghantaran makanan, di Kota Bharu.

Dia pada awalnya mendaftar sebagai penghantar makanan menggunakan motosikal, namun disebabkan kuota sudah penuh, Syamil mengambil keputusan menjadi penghantar menggunakan basikal.
FMT



Pemilik syarikat motor ‘tabik’ kejujuran penghantar Foodpanda tolak tawaran bantuan motosikal

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Gadis Ini Jatuh Hati Dengan Rider Foodpanda…Puncanya Ini…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker