Kes kalimah Allah: Kerajaan tak patut tarik balik, biar mahkamah putuskan mengikut undang-undang

Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim

Tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian pada ketika ini dipersoalkan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim melahirkan kehairanannya kenapa kes rayuan itu tidak diberi peluang diputuskan mengikut undang-undang Perlembagaan di Mahkamah Rayuan.

“Kenapa kerajaan Persekutuan sekarang dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tarikh balik rayuan kes kalimah Allah di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Kes kalimah Allah ini bermula di Mahkamah Tinggi dan boleh dirayu oleh pihak-pihak yang terlibat sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

“Kes rayuan ke Mahkamah Rayuan difailkan kerajaan Persekutuan terdahulu pada 12 Mac 2021. Apa rasional rayuan ini ditarik balik oleh kerajaan Persekutuan sekarang,” soalnya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.



Isnin lalu, kerajaan dan KDN menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor turut mempersoalkan sama ada keputusan menarik balik rayuan tersebut dibuat secara betul, berniat baik dan tidak

menyalahi undang-undang pentadbiran.



“Tidakkah peruntukan undang-undang Perlembagaan Persekutuan berkenaan kedudukan agama Islam terletak dalam bidang kuasa Majlis Raja-Raja Melayu? Adakah Majlis Raja-Raja Melayu telah dirunding dan persetujuan raja-raja telah diperolehi sebelum rayuan ditarik balik?

“Jawapan dan penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat penting dalam meredakan kegelisahan umat Islam sekarang,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’



Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker