Patung gergasi Soekarno bakal dibina di Bandung

Patung gergasi Soekarno bakal dibina di Bandung

BANDUNG: Rancangan pembinaan patung gergasi Soekarno di Walini Raya di Bandung Barat dilaporkan dalam proses untuk mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Patung gergasi itu akan dibina setinggi 100 meter di atas kawasan seluas 1,270 hektar dengan nilai pelaburan berjumlah puluhan trilion rupiah.

Ketua Daerah Bandung Barat, Hengky Kurniawan berkata, nilai pelaburan itu juga merangkumi pembinaan perumahan, pejabat, pusat perniagaan di kawasan tersebut.

Patung Presiden Indonesia pertama itu akan dibangunkan oleh PT Perkebunan Nusantara (PTPN) VII dan artis Nyoman Nuarta.

“Nilai pelaburan puluhan trilion itu bukan hanya untuk bangunkan patung Soekarno, tetapi juga untuk pembangunan lain, jadi jangan salah anggap kerajaan sanggup berbelanja besar semata untuk buat patung gergasi.

“Pembinaan patung itu selaras dengan rancangan untuk menjadikan Walini Raya sebagai pusat perniagaan bertaraf antarabangsa dengan pelbagai kemudahan, termasuk perumahan penduduk,” katanya.

Selain itu, Hengky juga menjelaskan, patung gergasi Soekarno itu direka dalam posisi duduk dengan mukanya berpaling ke arah kanan.

“Pada mulanya, patung itu direka dalam posisi berdiri, tapi ia menjadi terlalu tinggi sebelum pereka mengubahnya kepada posisi duduk,” jelasnya.

Hengky turut memberitahu, beberapa proses sudah dilakukan, termasuk menilai struktur tanah untuk pembinaan patung tersebut bagi tujuan keselamatan dan juga menghadapi bencana alam seperti gempa bumi. Utusan

Patung gergasi Soekarno bakal dibina di Bandung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker