Rotan anak: Rayuan bekas suami Ziana Zain ketepi sabitan, hukuman penjara didengar 15 Sept
Rotan anak: Rayuan bekas suami Ziana Zain ketepi sabitan, hukuman penjara didengar 15 Sept
SHAH ALAM: Rayuan bekas suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan kerana merotan tangan anak lelakinya, akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Sept ini.
Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar berkata rayuan itu akan didengar di hadapan Hakim Hasbullah Adam.
“Mahkamah memerintahkan pihak pendakwaan selaku responden dan perayu (Armin Zaharin) memfailkan hujahan masing-masing pada atau sebelum tarikh pendengaran,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Armin Zaharin, 56, memfailkan petisyen rayuan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Jan lepas terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 28 Sept tahun lepas.
Penjara lapan bulan
Majistret Sabreena Bakar @ Bahari menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan selepas mendapati Armin Zaharin bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya, yang berumur sembilan tahun (ketika kejadian) menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Denai Alam, di sini antara 8 malam dan 10.30 malam pada 24 Feb 2018.
Bapa kepada empat cahaya mata itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Sabreena bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Armin Zaharin ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM8,000.
Armin Zaharin ditangkap pada 2 Mac 2018 selepas Ziana, 53, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin, membuat laporan polis pada 27 Feb 2018.
Ziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Armin Zaharin, sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang perempuan, berumur lingkungan 11 hingga 20 tahun.
— BERNAMA
Rotan anak: Rayuan bekas suami Ziana Zain ketepi sabitan, hukuman penjara didengar 15 Sept
Baca Artikel Menari
- ‘Kek Paling Tak Sedap! ‘ Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik.
- [VIDEO] Ngeri!! Gunting Tertinggal Dalam Perut Berbulan-Bulan
- Resepi salad kentang, menu sihat dan lazat
- Kerana sebut “Mak kau hitam” ini tindakan Bilal terhadap Abu Dzar. Agaknya kalau sebut “Mak kau hijau” apa jadinya?
- Tuduh Rita, Lufya anti-vaksin, Farah Hanim mohon maaf
- Resepi Gulai Daging Utara Istimewa
- COVID-19: ‘Sudah berlaku penularan meluas ‘varian of concern’ di setiap negeri’ – Noor Hisham
You must be logged in to post a comment.