Najib lega tuduhan skandal dengan Ziana Zain terjawab


Bekas perdana menteri Najib Razak berkata tuduhan yang mengaitkan dia mempunyai skandal dengan seorang artis akhirnya terjawab.

Tanpa menyebut nama artis berkenaan, Najib memuat naik artikel jawapan Ziana Zain menjawab gosip yang mengaitkannya dengan “VIP ternama”.

“Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab.

“Dulu, blog-blog propaganda pro-PH pernah kaitkan saya dengan dia (Ziana),” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.



Dalam pada itu penyanyi dan pelakon sensasi Ziana Zain akhirnya membuka mulut mengenai gosip yang pernah melanda dirinya sekitar pertengahan tahun 1990an.

Pada ketika itu, bintang francais Sembilu dan Maria Mariana (kedua-dua filem arahan Datuk Yusof Haslam) itu pernah digosipkan dengan seorang VIP ternama, namun Ziana jarang sekali mahu bercerita mengenai perkara itu.

Begitulah Ziana yang sinonim dengan sikap profesionalisme dalam kalangan media tempatan dan juga peminat tegarnya.
Baru-baru ini, menerusi satu temu bual eksklusif dalam slot “Stars@AWANI” yang disiarkan di platform media sosial Astro AWANI pada Ahad lalu, Ziana begitu telus menjawab persoalan ini.

Katanya, dia tidak pernah terfikir tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya menjadi satu penghalang untuk komited dengan kariernya dan terus berkarya.



Ziana Zain akhirnya buka mulut tentang gosip dengan VIP ternama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker