Kantoi!! Tonton Video Lucah Dalam Kokpit Ketika Penerbangan

Sebaran :

Kantoi!! Tonton Video Lucah Dalam Kokpit Ketika Penerbangan

Kantoi!! Tonton Video Lucah Dalam Kokpit Ketika Penerbangan

SEORANG pesara juruterbang mengaku menonton video lucah menerusi komputer riba ketika penerbangan.

Salah laku Michael Haak, 60, yang berkhidmat di Southwest Airlines, itu turut diketahui oleh pembantu juruterbang wanita.

Kejadian berlaku dalam penerbangan dari Philadelphia ke Florida di Amerika Syarikat (AS).

Dia mengaku melakukan perbuatan tidak senonoh itu dan dijatuhi hukuman satu tahun percubaan tanpa pengawasan dan denda AS$5,000 (RM20,624).

Haak, yang merupakan kapten dalam penerbangan pada 10 Ogos tahun lalu, dibantu oleh pembantu juruterbang wanita yang belum pernah ditemuinya sebelum ini.

Pendakwa raya mengatakan bahawa setelah pesawat mencapai ketinggian penerbangan, dia didapati bangun dari tempat duduk juruterbang.

Kantoi!! Tonton Video Lucah Dalam Kokpit Ketika Penerbangan

Tambah pendakwa raya, Haak yang masih dalam kokpit pesawat ketika itu dengan sengaja menonton video lucah menerusi komputer riba.

Media melaporkan bahawa selain tindakan itu adalah salah, Haak turut dimaklumkan bahawa ia menyebabkan kesan trauma kepada pembantu juruterbang.

Haak berkhidmat sebagai juruterbang untuk Southwest Airlines selama 27 tahun hingga bersara.

Penerbangan terakhirnya pada 31 Ogos tahun lalu, tiga minggu selepas insiden berlaku-mSTAR /The Sun

Kantoi!! Tonton Video Lucah Dalam Kokpit Ketika Penerbangan


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Sesi PdPR Terganggu, Murid Nakal ‘Tayang’ Video Lucah Ketika Guru Mengajar


Sebaran :

Leave a Reply