Sesi PdPR Terganggu, Murid Nakal ‘Tayang’ Video Lucah Ketika Guru Mengajar

Sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sebuah kelas dalam talian pada Rabu terganggu apabila seorang murid dipercayai memaparkan video lucah ketika sesi berkenaan berlangsung di Google Meet.

Portal Malaysiakini memetik dakwaan seorang guru dari sebuah sekolah di Kepong yang berkata peristiwa tersebut antara gangguan dan cabaran yang terpaksa dialaminya ketika menjalankan sesi PdPR.

Hanya mahu dikenali sebagai Cikgu N, beliau berkata tindakan di luar jangkaan itu memaksa beliau terus menghentikan sesi PdPR serta-merta, sekali gus mengganggu proses pembelajaran murid-murid lain.



“Murid mengganggu proses PdPR yang menggunakan platform Google Meet dengan menyiarkan video lucah.

“Perkara ini dilakukan oleh murid tingkatan satu, mereka berani berbuat demikian kerana mereka belum bersemuka dengan guru,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini, pada Rabu.

Ujarnya, murid berkenaan berani melakukan tindakan biadab demikian kerana memikirkan tiada tindakan yang boleh diambil, dan tiada perjumpaan secara bersemuka akan berlaku.

Seorang lagi guru yang enggan namanya didedah mendakwa beliau turut mengalami pengalaman serupa minggu lalu.



Ujarnya, kejadian tersebut telah mengganggu hampir 100 murid yang sedang menyertai sesi tersebut.

Guru berkenaan telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak pentadbir sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Datuk Mohamad Ali Hasan menyifatkan perkara itu sebagai biadab yang melampau, dan perlu ‘diperangi’ segera.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berpandangan bahawa tindakan itu perlu dihentikan serta-merta, serta tindakan tuntas pembanterasan ke akar umbi.



“Pelajar-pelajar berkenaan bukan sahaja tidak menghormati guru yang menyampaikan ilmu tetapi juga menghalang rakan-rakan lain yg ingin menikmati pendidikan yang amat diperlukan masa kini.

“Langkah guru memaksa berhentikan pengajaran tersebut dipuji, dianggap sebagai langkah profesional dan boleh dicontohi warga pendidik lain,” katanya kepada Malaysiakini.

Pdpr: Cabaran guru, pelajar dan ibu bapa



Related Articles

2 Comments

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker