Politik ‘barbaric’ bukan amalan UMNO – Zahid Hamidi

 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan partinya tidak mengamalkan politik ‘barbaric’ (tak bertamadun), kebencian dan dendam.

Menurutnya, Umno dan BN juga tidak menganiaya, menzalimi lawan hanya kerana berbeza fahaman politik – hanya kerana mahu kekal berkuasa.

“Umno dan BN bersaing dengan ideologi, dengan hujah dan fakta. Dengan perkhidmatan, demi apa yang terbaik kepada rakyat untuk rakyat.

“Justeru tidak perlu khuatir dengan kebangkitan sepenuhnya Umno dan BN nanti. Tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu tidak menyebut secara khusus kepada pihak manakan kenyataan itu ditujukan.

Semalam, Zahid mendedahkan beberapa ahli parlimen Umno, termasuk dirinya kawasan parlimen di Bagan Datuk hanya diberi peruntukan RM100,000 setahun, iaitu peruntukan yang sama diberikan kepada ahli parlimen pembangkang di bawah Belanjawan 2021.

Sedangkan, kata Zahid yang menjadi wakil rakyat Bagan Datuk selama enam penggal, ahli parlimen lain dalam PN mendapat peruntukan RM3.7 juta seorang.

Dengan nada sinis, Zahid mengucapkan “terima kasih” kepada kerajaan Perikatan Nasional, pimpinan Perdana Menteri, muhyiddin Yassin atas peruntukan itu dan mengatakan jumlah itu “mencukupi” untuk kawasannya.

Sementara itu, beberapa ahli parlimen pembangkang, hari ini tampil menafikan  bahawa mereka ada menerima peruntukan RM100,000 daripada kerajaan pusat.

“Mana ada ahli parlimen pembangkang dapat RM100,000? Saya ahli parlimen Segambut satu sen pun tak dapat tahun ini,” kata ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Begitu juga, ahli parlimen Rasah Cha Kee Chin juga berkata belum ada berita bahawa ahli arlimen pembangkang akan mendapat peruntukan sama sekali untuk kawasan mereka.

“Saya terpanggil untuk membetulkan fakta. Kami ahli parlimen pembangkang setakat ini tak dapat apa-apa peruntukan dan tidak dihubungi oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, jka ditakdirkan ada sebarang perkara berkaitan perundangan pun semata-mata berlandaskan keluhuran perlembagaan.

“Tidak usah resah dengan istilah ‘what you give you get back’.

“Umno dan BN, dan ahli-ahlinya sangat profesional, ‘gentleman’. Doa yang baik-baik sahaja,” ujarnya.

Leave a Reply