Moratorium: Kerajaan tidak kawal bank tentukan bentuk bantuan kepada peminjam – Tengku Zafrul

Moratorium: Kerajaan tidak kawal bank tentukan bentuk bantuan kepada peminjam - Tengku Zafrul

Moratorium: Kerajaan tidak kawal bank tentukan bentuk bantuan kepada peminjam – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh mengawal atau memaksa bank menyediakan bentuk pakej bantuan tertentu terhadap pelanggannya berikutan pelaksanaan ‘total lockdown’, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, ia berikutan kerajaan tidak memiliki bank-bank di negara ini.

Bagaimanapun beliau berkata, hasil perbincangan yang telah diadakan antara Bank Negara Malaysia (BNM) dengan sektor perbankan, pelbagai bentuk bantuan ditawarkan kepada pelanggan bersesuaian dengan beban yang mereka hadapi.

“Pertamanya kita perlu memahami bahawa kerajaan tidak mengawal atau memiliki institusi perbankan ini. Jadi ia (bantuan) adalah hasil perbincangan BNM dengan pihak bank. Kita tidak boleh memaksa bank (untuk menentukan bentuk bantuan).

“Kedua kita perlu faham, bahawa kesemua peringkat termasuk B40 yang terjejas akan mendapat kelulusan automatik sekiranya mereka memohon pakej yang ditawarkan sekiranya mereka mahu,” jelasnya dalam sidang media secara dalam talian di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan mengapa tiada pakej moratorium menyeluruh secara automatik seperti dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata tiada mana-mana negara yang mampu memberikan morotarium secara automatik kepada semua rakyat dalam keadaan ekonomi seluruh dunia yang merudum ketika ini.

Program Strategik Memperkasa Rakyat

Bagaimanapun jelasnya kerajaan cuba sedaya upaya untuk memastikan segala bantuan dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) mampu meringankan semua pihak termasuk daripada golongan usahawan dari sektor Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS).

Dalam pada katanya kerajaan terus berusaha meningkatkan tahap sistem kesihatan awam dalam memerangi COVID-19 dengan menambah jumlah peruntukan sehingga RM1 bilion.

“Ia merangkumi usaha untuk menambah jumlah katil di hospital-hospital serta peralatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang difikirkan kritikal ketika ini bagi menampung jumlah pesakit COVID-19,” katanya.

Malah jelasnya, usaha untuk mempercepatkan proses vaksinasi juga dipertingkatkan keupayaannya dari sudut sistem operasi yang sedia ada bagi menjamin rakyat mampu menerima dos suntikan dengan lebih cepat. Awani

Moratorium: Kerajaan tidak kawal bank tentukan bentuk bantuan kepada peminjam – Tengku Zafrul


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET     


Beri moratorium pukal bukan bersasar, luas bantuan kepada M40

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker