Wabak penyakit kulit, kerajaan digesa henti import lembu, kerbau dari Thailand



Sebaran :

Wabak penyakit kulit, kerajaan digesa henti import lembu, kerbau dari Thailand

Wabak penyakit kulit, kerajaan digesa henti import lembu, kerbau dari Thailand

Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar menghentikan pengimportan ternakan hidup seperti lembu dan kerbau menjelang sambutan Aidiladha pada Julai.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar menghentikan segera pengimportan lembu dan kerbau hidup dari Thailand susulan laporan wabak penyakit kulit berbonjol dalam kalangan ternakan lembu di negara jiran itu.



Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, gesaan itu dibuat kerana ternakan hidup seperti lembu dan kerbau akan diimport untuk sambutan Aidiladha pada bulan depan.

“Thailand merupakan negara jiran kita, maka penyakit itu dengan mudah boleh berjangkit memandangkan ia disebarkan melalui nyamuk, lalat dan kutu,” katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini, media negara Gajah Putih itu melaporkan lebih 6,700 lembu dan kerbau di 35 wilayah terjejas ekoran wabak berkenaan.



Mohideen berkata, penyakit kulit berbonjol adalah penyakit berjangkit dalam kalangan lembu dan kerbau yang disebabkan virus.

“Penyakit ini menunjukkan gejala-gejala seperti demam, kelenjar limfa yang membesar dan bintil berganda pada kulit dan membran mukus.

“Walaupun penyakit ini tidak menjejaskan manusia, penyakit kulit berbonjol merupakan salah satu alasan paling ketara bagi pengharaman eksport daging di Eropah dan Amerika Syarikat.” FMT



Wabak penyakit kulit, kerajaan digesa henti import lembu, kerbau dari Thailand


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lelaki Maut Gara-Gara Face Mask Tutup Mata


Sebaran :


Leave a Reply