Kit Siang jangan ‘sembang kari’, kerajaan perlu nilai semula MoU

Kit Siang jangan ‘sembang kari’, kerajaan perlu nilai semula MoU

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata DAP tidak akan berani membatalkan perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan kerana setiap wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dijangka menerima peruntukan besar tahun depan di bawah kerangka perjanjian itu.

“DAP tidak akan berani batalkan MoU dengan kerajaan kerana setiap wakil rakyat PH dijangka dapat peruntukan RM2.8 juta awal tahun 2022 di bawah MoU tersebut.



“Dikatakan suku terakhir tahun ini wakil rakyat PH sudah terima RM600,000 dari kerajaan? Ia dimasukkan terus ke akaun Pusat Khidmat wakil rakyat. Untung besar DAP,” dakwanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan veteran DAP Lim Kit Siang yang mahu gabungan pembangkang itu memutuskan sama ada akan meneruskan MoU dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sekiranya beliau tidak menunaikan janjinya termasuk menggubal undang-undang untuk mengharamkan ‘katak politik’ di negara ini menjelang Mesyuarat Pertama Sesi Kelima Parlimen pada awal 2022.

Puad berkata, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu tidak layak mengugut kerajaan kerana PH dan DAP merekodkan kekalahan memalukan pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Sarawak.

“Berani DAP membatalkan MoU antara PH dengan kerajaan?



“Lim Kit Siang tidak perlu sembang kari. Rakyat tidak akan percaya cakap Kit Siang. Sebab itu DAP kalah teruk di Melaka dan Sarawak. Di Melaka DAP mengalah bila PKR terima katak seperti Idris Haron (bekas ADUN Umno),” katanya.

Puad berkata, dengan rekod terburuk PH, kerajaan perlu menilai sama ada MoU itu masih relevan.

“Kenapa bagi nyawa pada PH yang kalah di Sarawak dan Melaka. MoU itu hanya persefahaman bukan perjanjian yang ada ‘legal binding’,” katanya.

Pada PRN Melaka, PH hanya memenangi lima daripada 28 kerusi yang ditandingi berbanding 15 kerusi yang dimenangi pada PRU14 sementara di Sarawak gabungan itu hanya menang dua kerusi menerusi tiket DAP manakala PKR dan Amanah tewas di semua kerusi ditandingi mereka.



Pada PRN Sarawak 2016, DAP menang tujuh kerusi, manakala PKR menang tiga kerusi.
FMT

Kit Siang jangan ‘sembang kari’, kerajaan perlu nilai semula MoU


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker