Penganggur mengamuk maut ditembak
KULIM – Seorang penganggur maut ditembak dalam insiden amuk di Kampung Ulu Mahang, Karangan pada Khamis.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, lelaki berusia 44 tahun itu dikatakan mengamuk dengan menyerang seorang warga emas menggunakan sebilah parang sehingga menyebabkan kecederaan di kedua-dua belah jari tangan pada jam 11 pagi.
Menurut beliau, lelaki dari Serdang, Bandar Baharu itu dipercayai datang ke kampung tersebut dengan menunggang sebuah motosikal sebelum menyerang mangsa.
“Sebaik sahaja dua anggota sampai ke lokasi kejadian, suspek cuba dipujuk dan ditenangkan, namun lelaki terbabit terus berlari keluar dari kawasan berdekatan menghala ke sebuah rumah lain.
“Bagaimanapun, suspek dikatakan melarikan diri ke sebuah bangsal kira-kira satu kilometer dari lokasi pertama,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim pada Khamis.
Bidasan ‘Halus’ Kepada Muhyiddin, Baik Ekonomi Merosot Dari Mati – Mahathir
Mohd Roze berkata, ketika salah seorang anggota memujuk untuk meminta suspek keluar dari bangsal, lelaki itu cuba menyerang seorang lagi anggota dengan sebilah parang menyebabkan tembakan dilepaskan.
“Suspek kemudian dikatakan cuba merangkak menuju ke arah anggota sebelum rebah dan meninggal dunia,” katanya.
Beliau berkata, suspek disyaki berada bawah pengaruh dadah dan berdasarkan semakan mendapati dia mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah narkotik.
Menurut Mohd Roze, polis turut menemui peralatan menghisap dadah di bangsal tersebut dan merampas sebilah parang, baju dan sehelai kain yang dipercayai digunakan untuk membalut parang.
Ketika ditanya mengenai dakwaan polis melepaskan tiga das tembakan seperti mana tular di media sosial, Mohd Roze menjelaskan, pihaknya menemui dua kelongsong peluru di lokasi kejadian, bagaimanapun siasatan terperinci akan terus dijalankan.
Katanya, akibat kejadian itu warga emas berkenaan menerima lima jahitan.
“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk proses bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.
Penganggur mengamuk maut ditembak
Baca Artikel Menari
-
- [VIDEO] Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus
- Neelofa hilang 100000 pengikut di Instagram?
- Resepi Cucur Udang Ranggup Luar Lembut Dalam
- Selepas Kelantan, hampir 11,000 di Kedah pula tak hadir ambil vaksin
- Wanita menyusu bayi boleh disuntik vaksin AstraZeneca
- Erma Fatima selar tindakan orang awam pergi mall ‘Macam Sakai’
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Rakyat Malaysia kecewa, keliru janji temu vaksin MySejahtera
You must be logged in to post a comment.