Covid-19 : Lemon dan halia laku di Kota Setar

Covid-19 : Lemon dan halia laku di Kota Setar

Covid-19 : Lemon dan halia laku di Kota Setar

ALOR SETAR – Walaupun dunia sudah dilanda pandemik Covid-19 selama lebih setahun, tetapi pelbagai “petua” pencegahan penyakit masih tular.

Jika bawang dikatakan berkesan mencegah penyakit di India satu-satu ketika dahulu, kini halia pula dikatakan mampu memainkan peranan sama.

Terbaharu, halia dan buah lemon dikatakan mampu membantu mencegah jangkitan Covid-19, malahan menyebabkan jualan dua makanan itu meningkat di sekitar Kota Setar, Kedah di mana 28 mukim diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Tinjauan Kwong Wah Yit Poh di Pasar Besar Alor Setar dan Pasar Teluk Wanjah mendapati walaupun orang ramai membeli dengan jumlah lebih besar untuk menghadapi kawalan lebih ketat, tetapi produk segar di pasar masih mencukupi.

Walau bagaimanapun, orang ramai didapati cenderung membeli buah lemon dan halia, dipercayai mempunyai kaitan dengan petua tertentu yang disebarkan melalui Internet.

“Difahamkan, jualan lemon dan halia di gerai tertentu telah meningkat berkali ganda walaupun ia tidak terbukti berkesan untuk mencegah wabak,” kata seorang penjaja.

Sementara itu, penjaja pasar juga meminta orang ramai tidak menyebarkan berita palsu mengenai pasar di Kedah yang antaranya mendakwa berlaku 40 kes jangkitan di Pasar Besar Alor Setar.

28 mukim di Kota Setar diletakkan di bawah PKPD sehingga 1 Jun berikutan hampir 100 kes sehari yang direkodkan di daerah itu. MG

Covid-19 : Lemon dan halia laku di Kota Setar


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Tips Buat Lemonade Paling Sedap Di Dunia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker