Tips Buat Lemonade Paling Sedap Di Dunia

Cuaca panas dapat minum lemonade, memang asyik sekali.

Lemonade boleh dibuat dengan cara yang sihat dan sememangnya boleh memberikan manfaat kepada badan anda. Lemon tinggi bioflavonoids, nutrien yang meningkatkan umur panjang, menjaga kulit anda yang cantik, dan melindungi otak dan jantung anda. Lemon juga merupakan sumber utama vitamin C.

Tetapi kini kebanyakan lemonade yang dijual di luar sana tidak menggunakan kuantiti auns lemon sebenar malah menggunakan serbuk ataupun campuran botol. Jadi apa kata nikmati lemonade berkalori rendah buatan sendiri yang akan menghilangkan dahaga dan juga boleh meningkatkan kesihatan anda.

Guna lemon yang berkualiti

Jelas sekali, salah satu cara terbaik untuk membuat lemonade berkalori rendah dengan cara yang sihat adalah dengan menggunakan lemon sebenar. Apa yang boleh anda buat ialah dengan sediakan 12 hingga 15 biji buah lemon berserta 4 cawan air suam.

Anda juga boleh potong lemon kepada dua dan masukkan ke dalam mesin pengisar berserta air suam. Selepas itu, anda boleh boleh toss.

Manisan

Daripada letak gula atau air gula, cadangan kami ialah gunakan madu untuk menambahkan rasa manis pada lemonade anda.

Madu mengandungi vitamin A, B-Complex, Vitamin C & E dan juga zat galian seperti kalsium, sulphur, fosforus, zat besi, karbon, magnasium, naterium,kalium, klorin, iodin, kufrum dan silica.

Tambah buah-buahan

Untuk membuat lemonade nampak lebih menyelerakan, cuba campurkan beberapa buah-buahan beku seperti strawberries atau raspberries. Ini akan menambah jumlah rasa tanpa menambah kalori.

Anda juga boleh cuba blueberries, limes, grapefruit, orange, atau hanya letak sedikit lemon tambahan untuk menambah lebih rasa lemon.

Kelainan dengan air kelapa

Jika anda inginkan kelainan, biarkan separuh air dan selebihnya letakkan air kepala. Ini akan menambah elektrolit, tidak terlalu banyak gula, dan banyak nutrien penghidratan untuk menyejukkan badan anda sepanjang hari.

Cuka epal

Jika anda ingin menambahkan rasa yang lebih enak, mungkin anda boleh tambahkan cuka epal sebelum anda meminumnya. Sebagai bonus, ia akan membuang toksin, membersihkan sistem penghadaman dan mungkin juga mengurangkan ketagihan gula anda.

Petang-petang cuba buat, mesti ramai yang terpikat. Selamat Beramal! Wn

10 Tips Turunkan Gula Dalam Darah, Doktor Ini Kongsikan Petua Terbaik Yang Boleh Diamalkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker