Puad Zarkashi suarakan penubuhan suruhanjaya khas pascabanjir
Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Puad Zarkashi berkata perancangan untuk membentang laporan isu banjir 12 Jan ini adalah sudah terlalu lewat.
“Dr Latif Ahmad menteri yang jaga Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) umum kertas laporan isu banjir sudah siap dan akan dibentang dalam mesyuarat kabinet pertama 2022 pada 12 Jan akan datang.
“Kenapa lambat sangat? Dalam keadaan rakyat bergelut musibah pasca banjir, mereka perlu tunggu tiga minggu lagi? Sedangkan amaran gelombang kedua banjir telah dibuat,”
Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berpendirian Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kabinetnya mesti memberi penjelasan penuh isu berkenaan yang menjejaskan ramai orang.
Kata mereka ruang yang terbaik untuk berbuat demikian ialah melalui sidang khas parlimen.
“Pada masa yang sama, kami turut berpandangan kerajaan perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja selaras dengan titah baginda bahawa satu pascanilai (postmortem) banjir besar perlu dilakukan, termasuk juga untuk Sabah dan Sarawak,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Mohd Puad berkata, meskipun perdana menteri mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas pasca banjir, namun dibimbangi ia amat birokratik dan perlahan.
“Justeru, amat wajar kerajaan menubuhkan suruhanjaya khas pasca banjir agar ia lebih bebas, telus dan menyeluruh.
“Kerajaan juga mesti meletakkan tempoh masa singkat untuk suruhanjaya ini buat kerja.
“Penubuhan suruhanjaya khas perlu segera dan melibatkan beberapa ahli Parlimen, profesional dan NGO serta wakil penduduk yang menjadi mangsa,” katanya lagi.
Tambah Mohd Puad banjir yang melanda negara baru-baru ini umpama “tsunami” yang melibatkan kehilangan pendapatan terutama penjaja dan perniaga kecil.
Oleh itu katanya, penderitaan rakyat tidak boleh dibiarkan lama, selain tidak boleh dilanda dengan birokrasi dan sikap memekak telinga setengah menteri.
Puad Zarkashi suarakan penubuhan suruhanjaya khas pascabanjir
Baca Artikel Menarik:
- Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran
- Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
- Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’
- Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?
- Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
- Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!
- Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video)
- Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien
- Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
- Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies
- Resepi Ayam Goreng Serai Thai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.