Kecuaian punca kemalangan LRT – Menteri

KUALA LUMPUR – Dapatan awal punca kemalangan dua tren perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang bertembung berdekatan Stesen LRT KLCC pada Isnin disebabkan kecuaian pemandu gerabak (hostler) salah satu tren yang memandu dalam arah yang salah.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tren bernombor 40 (TR40) iaitu gerabak kosong sepatutnya bergerak ke arah selatan menuju ke stesen Dang Wang tetapi didapati bergerak ke arah utara sekali gus mengakibatkan pelanggaran dengan TR81 yang membawa 213 penumpang.

“Ia berdasarkan hasil siasatan awal yang dijalankan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),” katanya dalam sidang media secara maya di sini pada Selasa.

Beliau berkata, sebelum kejadian, TR40 yang dikendalikan secara automatic train operation (ATO) telah bergerak dari Gombak ke depoh Subang pada jam 8.21 malam iaitu arah selatan, bagaimanapun ia mengalami kegagalan ‘time out’ dan berhenti semasa menghampiri stesen Kampung Baru.

“Pemandu kemudian diarahkan memandunya secara manual dari stesen Kampung Baru menuju stesen Dang Wangi dan perlu bergerak ke arah yang sama bagi memberi laluan kepada tren yang berada di arah selatan atau yang berada dalam mode ATO untuk meneruskan perjalanan.

Dakwaan Jurulatih Kebangsaan ‘Memegang Payudara dan Melancap’ Akan Disiasat

“Pada masa yang sama, TR81 yang beroperasi secara ATO berada dalam keadaan statik di platform stesen KLCC arah selatan, pada 8.24 malam TR81 telah berlepas dari stesen KLCC ke stesen Kampung Baru setelah menerima maklumat bahawa TR4O telah beredar dari stesen Kampung Baru menuju ke stesen Dang Wangi,” katanya.

Namun, Ka Siong berkata, pada jam 8.33 malam, pemandu menghubungi pusat kawalan operasi (OCC) memaklumkan TR40 bertembung dengan TR81.

“Kira-kira jam 8.36 malam, OCC telah memaklumkan agensi tindakan kecemasan dan melantik pegawai bertanggungjawab di kawasan insiden sebelum pihak polis dan ambulans tiba di tempat kejadian bagi kerja-kerja menyelamat mangsa,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ka Siong berkata, pasukan panel penyiasat khas dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjalankan siasatan dan laporan siasatan perlu dikemukakan kepada kementerian dalam tempoh 14 hari sebelum dibawa kepada Jemaah Menteri.

Mengenai jumlah kerugian, beliau berkata, setakat ini ia belum dapat ditafsirkan dan ketika ini kerja-kerja pembersihan serta baik pulih landasan sedang giat dilakukan.

“Ikut prosedur operasi standard, kerja-kerja pembersihan dan baik pulih hanya tiga hari dan jumlah kerugian akan dianggarkan kemudian,” katanya.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, ketika ini, hanya satu landasan digunakan dan sekiranya terdapat keperluan, Prasarana akan menambah frekuensi perkhidmatan terutamanya pada waktu puncak. – Bernama

Berenang dengan ‘buaya’ – atlet imbau gangguan seksual jurulatih

Kecuaian punca kemalangan LRT – Menteri


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker