“Hati-hati mencari kawan. Inilah 5 cara memilih sahabat”- Pesan Imam al-Ghazali

“Hati-hati mencari kawan. Inilah 5 cara memilih sahabat”- Pesan Imam al-Ghazali

“Hati-hati mencari kawan. Inilah 5 cara memilih sahabat”- Pesan Imam al-Ghazali

Baginda Rasulullah s.a.w ada berpesan,

“Seseorang mukmin itu berada di atas agama (gaya hidup dan perilaku) sahabatnya. Maka, salah seorang daripada kamu hendaklah memerhatikan dengan siapakah dia bersahabat.” HR al-Tirmizi dan Abu Daud

Bagaimana seorang teman atau rakan mampu menentukan agama seseorang? Dalam kehidupan bermasyarakat, kita pasti dikelilingi oleh pelbagai jenis dan ragam manusia.

Di antara mereka pula, pasti ada yang sering bersama-sama tidak kira universiti, tempat kerja, rumah dan di mana sahaja untuk menjadi peneman. Mereka inilah yang digelar kawan, sahabat, teman atau apa sahaja yang membawa maksud seerti dengannya.

Dalam Islam, setiap mukmin digalakkan untuk memilih sahabat. Tujuan memilih sahabat ini bukanlah untuk mencari sahabat yang sempurna atau yang mampu memenuhi kekurangan diri. Tetapi untuk membantu diri dan orang lain dalam setiap urusan agama dan kehidupan seharian.

Persahabatan yang dibina atas jalan Allah akan membantu perjalanan di akhirat kelak. Berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah al-Zukhruf: 67

“Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.”

Justeru, carilah sahabat yang hidupnya diletakkan atas memenuhi kehendak Allah S.W.T. Pilihlah sahabat yang bersungguh-sungguh dalam agama, kerana mereka akan turut mewarnai kehidupan seharian kita dengan nilai-nilai agama.

Untuk memilih sahabat yang baik agar matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama, berdasarkan kitab Hidayatul Salikin, Iman al-Ghazali telah memberikan lima tips dalam memilih sahabat.

Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.

Baik dari segi peribadi dan akhlaknya:

Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.

Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.

Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.

Orang yang benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia. Wallahu a’lam
Utv

“Hati-hati mencari kawan. Inilah 5 cara memilih sahabat”- Pesan Imam al-Ghazali


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Inilah sebaik-baik doa yang diajar Rasulullah s.a.w. saat dilanda musibah kematian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker