AZZA ELITE MENANGIS RAYU SEGERA LOCKDOWN

AZZA ELITE MENANGIS MERAYU SEGERA LAKSANA LOCKDOWN

AZZA ELITE MENANGIS MERAYU SEGERA LAKSANA LOCKDOWN.

“Hari ini (covid) dah melalui udara pulak. Tolonglah kerajaaan bagilah lockdown. Korang (kerajaan) nak berapa ramai lagi rakyat kita mati. Korang nak fronliner (barisan hadapan) buat macam mana lagi. Tolonglah lockdown.

“Selagi kerajaan tak laksanakan lockdown penuh, kami ada yang kena pergi kerja. Tolonglah faham. Kalau kerajaan buat lockdown sekurang-kurangnya kami duduk di rumah tidak jumpa orang.

“Tolonglah untuk dua atau tiga minggu sahaja,” itulah kata penyanyi dan pelakon Azza Elite yang dilihat menangis teresak-esak sambil menyeru kerajaan agar segera bertindak dengan melaksanakan lockdown penuh ekoran peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Azza Elite atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Pada masa sama, Azza Elite turut mengingatkan semua agar terus kekal duduk di rumah tanpa keluar kemana-mana jika tiada sebarang urusan penting di luar.

Dalam hantaran tersebut juga, Azza Elite turut mengakui dia sudah mula mengalami masalah anxiety atau kerisauan melampau rentetan peningkatan kes harian Covid-19 yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk turun.

Terdahulu, kes harian Covid-19 mencatatkan peningkatan mendadak sejak Mac lalu hingga merekodkan 7,289 pada hari ini sekali gus merupakan kes tertinggi sepanjang pandemik membadai negara sejak tahun lalu.

Hari ini Kes meningkat, Kementerian Kesihatan melaporkan satu lagi rekod tertinggi 7,478 kes baharu Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah jangkitan harian kini mencecah 533,367 kes.

Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi, dengan 2,455 kes.

Ini disusuli Kuala Lumpur (760), Sarawak (640), Johor (587), Kelantan (547), Kedah (542), Pulau Pinang (420), Negeri Sembilan (370), Perak (264), Melaka (230), Sabah (229), Terengganu (177), Pahang (171), Labuan (49), Putrajaya (29) dan Perlis (8).

​AZZA ELITE MENANGIS MERAYU SEGERA LAKSANA LOCKDOWN

AZZA ELITE MENANGIS MERAYU SEGERA LAKSANA LOCKDOWN

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Iman Troye Mengaku Salah, Mohon Maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker