[VIDEO] Tular Video Individu ‘Mengamuk’ Depan Menteri KJ di PPV Temujanji Vaksinasi

[VIDEO] Tular Video Individu ‘Mengamuk’ Depan Menteri KJ di PPV Temujanji Vaksinasi. Media sosial petang ini kecoh dengan penyebaran rakaman video yang memaparkan seorang wanita ‘mengamuk’ di sebuah Pusat Pemberian Vaksin.

Video berdurasi 1 minit 27 saat yang dipercayai dirakam di PPV Pusat Pusat Konvensyen Sunway Pyramid itu memaparkan seorang wanita menyuarakan rasa tidak puas hatinya mengenai temu janji vaksinasi kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menerusi klip video itu, kedengaran wanita tersebut tidak berpuas hati kerana proses penerimaan vaksin untuk orang tuanya yang merumitkan.



LIHAT VIDEO BAWAH:-

Bagaimanapun, Setiausaha Sulit Kanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Hasbullah Hassin melalui Twitternya berkata, kejadian itu berlaku berpunca daripada kesilapan mendaftar nombor kad pengenalan.

“Untuk makluman, itu ialah temu janji untuk bapanya. Apabila disemak, ia berlaku kerana kesilapan nombor kad pengenalan. Khairy Jamaluddin mendengar aduannya dan selesaikan segera.

“Temu janji untuk bapa wanita itu dikembalikan semula selepas pihak kami membetulkan semula nombor kad pengenalan penerima tersebut,” katanya. – K! ONLINE



[VIDEO] Tular Video Individu ‘Mengamuk’ Depan Menteri KJ di PPV Temujanji Vaksinasi


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ramai Luah Kekecewaan..Tempahan Vaksin AstraZeneca Ditutup Selepas Sejam DiBuka,



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker