Himpunan aman, Ini komen Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara Razarudin Hussain hari ini mengesahkan penganjur perhimpunan aman tidak perlu memohon permit dan hanya perlu mengemukakan notis lima hari kepada polis.

Bagaimanapun, katanya isu mengenai pihak polis yang dikatakan mendesak penganjur memohon permit perhimpunan mungkin timbul kerana khilaf.

“Mungkin berlaku kesilapan kerana segelintir ketua polis daerah mungkin sebut notis pemakluman ini sebagai permit… mungkin ada kesilapan di situ.



“Sebenarnya tiada isu permit (bagi penganjuran aktiviti membabitkan perhimpunan orang ramai) sebaliknya penganjur hanya perlu mengemukakan notis pemakluman sahaja,” katanya seperti dipetik Berita Harian

Razarudin mengulas gesaan bekas ahli parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah supaya pegawai dan anggota polis perlu mengambil maklum bahawa permit perhimpunan tidak lagi diperlukan selepas Akta Perhimpunan Aman digubal pada 2012.

Ini selepas polis dilaporkan menolak empat kali untuk menerima notis penganjur perarakan sambutan Hari Wanita Malaysia 2024 pada Sabtu depan.

Notis itu hanya diterima hari ini selepas pihak penganjur mengumumkan penolakan tersebut.



Razarudin menjelaskan dia tidak menolak kemungkinan notis pemakluman dikemukakan NGO itu berpunca daripada dokumen yang tidak mematuhi peruntukan dalam Akta 736.

“Polis juga berhak menentukan syarat berkaitan notis pemakluman ini.

“Kadang-kadang syaratnya penganjuran tidak boleh dibuat di lokasi tertentu dan penganjur akan diminta mengubah ke tempat lain atau mungkin ia tidak dapat kebenaran daripada empunya tapak terbabit.

“Ini semua akan diambil kira oleh polis, tetapi nanti saya akan semak balik kenapa notis pemakluman dikemukakan mereka ditolak sebanyak empat kali,” katanya.



Pada masa lalu, pihak polis – termasuk Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay – telah berulang kali menegaskan penganjur perhimpunan perlu memohon permit polis.

Sementara itu, Razarudin berkata dia berharap penganjur perhimpunan secara amnya turut mematuhi pemakluman notis lima hari yang disyaratkan Akta Perhimpunan Aman.

“Sebab itu janganlah lagi dua hari sebelum acara diadakan baru penganjur mahu mengemukakan notis pemakluman.

“Secara keseluruhannya, tindakan hanya akan diambil sekiranya pihak penganjur tidak mematuhi setiap peruntukan berkaitan notis pemakluman mengenai penganjuran aktiviti membabitkan perhimpunan orang ramai,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai



Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira



Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker