Aktiviti perniagaan 8 pagi ke 8 malam kecuali..

 

 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan penambahan SOP terhadap sektor ekonomi dalam pelaksanaan PKP 3.0.

“Aktiviti perniagaan dihadkan sehingga 8 malam. Bermula lapan pagi hingga lapan malam saja kecuali farmasi ,” katanya pada sidang media bersama Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jelas Ismail, semua SOP sekatan tambahan PKP 3.0 ini berkuatkuasa di seluruh Semenanjung, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan mulai 25 Mei.

Perniagaan pasar malam pula dibenarkan beroperasi dari 4 petang ke 10 malam, kata menteri kanan.

Sementara itu, kata Ismail kapasiti pengangkutan awam seperti bas, komuter dan LRT juga akan dikurangkan menjadi 50 peratus kapasiti penumpang saja.

Menurutnya lagi, sekiranya kes Covid-19 dapat diturunkan, kerajaan akan melonggarkan SOP semula.

“Seperti dulu, daripada SOP yang ketat PKP 1.0 bila keadaan terkawal turun kepada PKPB, kemudian turun lagi kepada PKPP yang lebih longgar.

“Apabila turun kes, kita akan buka semula, apabila naik kes kita tutup semula. Jadi buka tutup, buka tutup ini akan berterusan,” jelasnya lagi

 

Pakai dua pelitup muka, Noor Hisham ‘Misleading’?

Kelantan dibanjiri kain rentang ‘Kerajaan Gagal’


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 

[VIDEO] Cubaan Bunuh Imam Masjidil Haram Sheikh Baleelah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker