Dua kali dibodohkan scammer


KUANTAN – Malang berganda bagi seorang penyelia apabila dua kali ditipu oleh ‘scammer’ berbeza dalam dua kejadian berasingan sehingga mangsa kerugian RM10,900.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, dalam kejadian pertama, mangsa berusia 34 tahun dari Jalan Alor Akar, di sini, telah berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial Facebook pada 2 Mei lalu.

“Lelaki terbabit kononnya telah menghantar bungkusan kepada mangsa dari luar negara namun mangsa menerima satu panggilan telefon menyatakan bungkusan terbabit telah disekat.

“Mangsa kemudian diminta untuk membuat sejumlah bayaran bagi urusan penghantaran bungkusan berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat pembayaran berjumlah RM7,900 melalui dua transaksi pada akaun bank yang sama bagi tujuan berkenaan namun sehingga kini mangsa tidak menerima bungkusan terbabit.

Dalam pada itu katanya, kali kedua mangsa ditipu ialah apabila mahu membuat pinjaman peribadi berjumlah RM10,000 selepas melihat satu iklan pinjaman wang di laman sosial Facebook pada 12 Mei lalu.

“Mangsa mahu membuat pinjaman peribadi kerana mahu membayar hutang dan telah menghubungi pihak terbabit namun dia diminta untuk membuat sejumlah bayaran sebagai bayaran proses pinjaman.

“Mangsa kemudiannya membuat pemindahan wang sebanyak RM3,000 melalui dua transaksi ke akaun bank sama,”katanya.

Ujarnya, mangsa menyedari ditipu apabila sehingga kini tidak menerima wang pinjaman berkenaan sebelum tampil membuat laporan mengenai dua kejadian itu di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan semalam. K Online

SKMM kenal pasti helah, modus operandi ‘scammer’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker