RUU Kawalan Produk Merokok, 5 NGO hantar petisyen kepada PM mahu diluluskan

Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyokong usaha kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Lima NGO itu terdiri Ikram Health, Malaysian Green Lung Association, Medical Mythbusters Malaysia, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia dan Akademi Profesor Malaysia.

Dalam satu kenyataan, NGO berkenaan turut menggesa RUU itu disokong semua Ahli Parlimen dan seterusnya diluluskan oleh Dewan Rakyat serta Dewan Negara.



“(Ini) memandangkan masalah merokok sudah tidak dapat dibendung secara berkesan lagi di bawah Akta Makanan dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau yang sedia ada.

“Mengikut petisyen yang sudah dilancarkan, seramai 9.2 juta rakyat menyokong penuh usaha membentangkan RUU ini dengan peruntukan Generasi Penamat (GEG) mesti dilaksanakan,” katanya.

Petisyen itu diserahkan mereka sendiri kepada Perdana Menteri di bangunan Parlimen pagi tadi.

Mengulas lanjut, katanya, jika RUU berjaya diluluskan, ia membuktikan kerajaan dan Ahli Parlimen mempunyai nilai kebertanggungjawaban tinggi dan tidak mudah tergugat dengan pengaruh pihak tertentu dalam menangani isu kawalan produk merokok terutama rokok elektronik atau vape.



“Oleh demikian, kami yang mewakili NGO bersama-sama kumpulan profesional yang lain sekali lagi menyatakan pendirian kami untuk menyokong usaha ini.

“Kami amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi menerima petisyen sokongan itu,” katanya.

RUU berkenaan yang dijadual dibentang semula ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan hari ini, ditangguhkan.

Bagaimanapun, RUU yang berada di peringkat bacaan kedua itu masih terkandung dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat yang bersidang bermula hari ini hingga 30 November depan.



KKM semalam memaklumkan, penangguhan itu bagi memberi laluan kepada aturan urusan kerajaan lain sebagaimana disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) dan perbahasan RUU ini akan dibuat oleh kerajaan dalam masa terdekat.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker