‘Tan Sri’ dakwa boleh selesaikan kes ubah wang haram dengan bayaran RM25 juta – Bukit Aman

‘Tan Sri’ dakwa boleh selesaikan kes ubah wang haram dengan bayaran RM25 juta – Bukit Aman

'Tan Sri' dakwa boleh selesaikan kes ubah wang haram dengan bayaran RM25 juta - Bukit Aman
Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali, pada sidang media tangkapan dan rampasan kes operasi ‘Northern Star’, hari ini. – NSTP/RAIHANA MANSOR

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang ditahan selepas pulang dari Osaka, Jepun pada 29 Mac lalu, dikatakan mendakwa mampu menyelesaikan kes jenayah pengubahan wang haram berkait skim pelaburan ponzi di negara jiran dinamakan pelaburan MBI International Group (MBI) dengan bayaran RM25 juta.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali, berkata perkara itu terbongkar selepas beberapa tangkapan awal dilakukan menerusi Operasi Northern Star (Op Northern Star) antara 21 Mac hingga 5 April lalu.

“Apabila kita menahan semua suspek berkenaan, mereka terkejut dan mempersoalkan alasan penahanan dan mendakwa sudah membayar sejumlah wang bagi menutup kes berkenaan.

“Kita mengarahkan mereka membuat laporan polis dan mendapati individu bergelar Tan Sri berkenaan mendakwa boleh menyelesaikan kes dan meminta bayaran RM25 juta,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Muhammed Hasbullah berkata, hasil siasatan mendapati, suspek menerima bayaran RM10 juta dan wang itu dapat dirampas semula.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dipercayai menipu wang orang ramai sebanyak RM10 juta dengan alasan untuk diserahkan kepada polis bagi menyelesaikan kes pengubahan wang haram.

Sumber PDRM berkata, lelaki berusia 59 tahun itu ditahan AMLA Bukit Aman apabila tiba di kediamannya di Jalan U-Thant, pada petang 29 Mac lalu, selepas pulang dari Osaka, Jepun.

Wang itu kononnya untuk diserahkan kepada polis bagi menyelesaikan kes berkaitan pengubahan wang haram.

 

‘Tan Sri’ dakwa boleh selesaikan kes ubah wang haram dengan bayaran RM25 juta – Bukit Aman

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker