Bela 70 Spirit Doll, Queen Athena Dari Indonesia Dakwa ‘Ada Roh Di Dalamnya Tapi..’ [VIDEO]

Sebaran :

Bela 70 Spirit Doll, Queen Athena Dari Indonesia Dakwa ‘Ada Roh Di Dalamnya Tapi…’[VIDEO]

FENOMENA ‘spirit doll’ menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini selepas beberapa selebriti di Indonesia secara terbuka berkongsi hobi membela ‘reborn doll’ sebagai anak sendiri.

Tetapi tidak bagi Queen Athena yang berasal dari Malang, Jawa Timur yang kini menetap di Jimbaran, Bali.

Sejak dua tahun lalu, Queen mengakui obses mengumpul spirit doll dan sehingga kini wanita itu mempunyai lebih daripada 70 anak patung dalam simpanannya.



Queen Athena memberitahu patung spirit doll miliknya mempunyai roh.

Wanita berusia 31 tahun itu mendakwa patung dalam koleksinya mempunyai roh tetapi ia tidak terikat dengannya. Roh itu dikatakan boleh datang dan pergi mengikut kehendak mereka.

Tidak hanya itu, Queen berkata, dia tidak pernah mengamalkan sebarang ritual khusus untuk memuja patung dalam koleksinya dan ia sekadar hobi.

Bagaimanapun Queen tidak menafikan ‘membela’ patung adalah satu cabaran besar buatnya kerana sentiasa dipandang serong dan dianggap sebagai wanita sihir dan mempunyai niat jahat.



“Mulut orang memang tidak boleh ditutup dan mereka boleh berkata apa sahaja, apa paling penting saya tidak pernah sesekali menyembah atau menganggap patung-patung ini sebagai tuhan.

“Apatah lagi mempunyai niat jahat untuk berbuat khianat terhadap orang lain,” jelasnya.

Kesemua patungnya dijaga dengan baik dan diberi nama.

Sementara itu, Queen memberitahu dia ada cara tersendiri menjaga patung-patungnya termasuk memberikan nama dan tarikh lahir.



Selain itu, ia perlu dibersihkan dan didandan agar sentiasa kelihatan cantik.

Untuk mengambil patung spirit doll sebagai anak angkat daripada orang lain, Queen memberitahu ada harga yang perlu dibayar iaitu sekitar RM300.

Namun katanya, harga itu bergantung kepada keadaan patung dan semakin lama, lebih mahal.

“Seperti biasa apabila mengambil sesuatu patung sebagai anak angkat, kita perlu memberinya nama, tarikh lahir dan menjaganya dengan baik.-mSTAR

Bela 70 Spirit Doll, Queen Athena Dari Indonesia Dakwa ‘Ada Roh Di Dalamnya Tapi…’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *