Bengang Terus Dikaitkan Dengan Janna Nick, Sheila Rusly Beri Amaran Keras

 

TIDAK semena-mena kisah lama hubungan retak antara pelakon Janna Nick dan penerbit Sheila Rusly kembali menjadi bualan netizen.

Sheila Rusly berang apabila namanya tidak semena-mena dipetik dan dikaitkan dengan pelakon Janna Nick

Rata-rata mempersoalkan status terkini hubungan dua selebriti berkenaan selepas retak sekitar awal 2019 berpunca daripada satu masalah yang tidak dapat dipastikan.

Sheila menerusi InstaStory memuat naik beberapa hantaran bagi membalas ciapan beberapa pengguna Twitter yang bertindak memetik namanya tanpa sebab.

“Siapa tweet (ciap) ni? Kelakar rabak!. PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) banyak masa nak memfitnah. Nak buka kes ke. Jom la kalau berani,” tulisnya.

Pada masa sama, Sheila turut menafikan dakwaan seorang pengguna Twitter yang mengatakan punca sebenar dia dan Janna bermasam muka disebabkan dirinya cuba menjodohkan anak sulungnya dengan Janna namun ditolak pelakon Marry Me Senorita itu.

Tangkap layar InstaStory Sheila membalas ciapan pengguna Twitter mengenai hubungannya dengan Janna Nick.

“Nak kenen dengan anak Sheila Rusly? Lambat lagi!,” katanya.

Tampil menjawab persoalan berkenaan, Sheila berkata dia sebenarnya sudah pun memaafkan Janna.

“Sudah dimaafkan. Tapi tak semudah itu untuk melupakan,” demikian pengakuan Sheila menerusi mesej kepada mStar.

Ditanya sama ada Janna yang baru-baru ini mendedahkan menghidap penyakit bipolar menghubunginya bagi menjernihkan semula krisis antara mereka, Sheila bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Call? Mana dia berani. Cukup sampai sini,” kata Sheila secara ringkas.

Malah Sheila, 50, juga mengelak untuk menjawab persoalan mengenai punca sebenar hubungannya dengan Janna musnah

Terdahulu, program hiburan popular kendalian Janna telah mengetengahkan segmen curahan hati yang menampilkan pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana.

Rentetan daripada itu, ramai netizen ingin melihat Janna dan Sheila Rusly dipertemukan dan bersemuka sekali gus bermaafaan dalam program tersebut.

Sehubungan itu Sheila meluahkan perasaan marah dengan sikap warganet yang mengaitkan namanya tanpa sebab.

Sis geram sebenarnya. Sis tak kacau sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara. Sis pendam lama isu ni.
“Jangan sampai saya buka cerita. Tak cukup kain nak tutup muka nanti. Sis jadi marah sbb itu tnah,” katanya yang
membahasakan dirinya dengan panggilan ‘sis’.

Selain itu Sheila turut berkongsi paparan skrin daripada seorang pengguna Twitter yang menulis berkaitan hubungannya dengan Janna di ruangan Instastory.

“Tak silap aku Janna gaduh dengan Sheila sebab Sheila nak kenen anak sulung dia dengan Janna. Tapi Janna tak nak, tu gaduh tu

“Pekerja JS Pictures yang cakap. Janna tolak secara baik dah tapi maybe sis Sheila sentap kot. Lepas tu ungkit-ungkit la jasa dia pada Janna,” demikian tulis pengguna berkenaan di Twitter

Sebelum ini, Sheila dan Janna mempunyai hubungan yang sangat baik ibarat ibu dan anak selain Janna sering ditawarkan berlakon di bawah produksi kendaliannya, JS Pictures.

Untuk rekod, hubungan Sheila dan Janna mula retak sekitar awal 2019 disebabkan satu permasalahan yang masih tidak dapat dirungkai hingga ke hari ini. – KO/mSTAR

“Patut Jemput Yang Fresh..Nape Tak Jemput Sheila Rusly Berbaik Dengan Janna?”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker