5 anggota kumpulan Abu Sayyaf ditembak mati di Sabah


KOTA KINABALU: Polis menembak mati lima anggota kumpulan militan Abu Sayyaf dalam operasi khas yang dijalankan di kawasan setinggan di paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort pagi semalam.

Salah seorang daripada suspek itu adalah “sub leader” Abu Sayyaf dikenali sebagai Mabar Binda yang dikehendaki kerajaan Filipina, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali.

Beliau berkata, tiga lagi suspek dikenali sebagai Abhirsham Samsula@Samseed, Jurakhdam Binda, Alsimar Sukarno, manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti namanya.

Kesemua suspek dianggarkan berusia antara 20-an hingga 40-an.



“Dengan tumpasnya lima anggota kumpulan ini, polis yakin telah berjaya melumpuhkan satu sel Abu Sayyaf yang bersembunyi di Sabah, dan yang telah melakukan ba’iah dengan kumpulan militan Daesh.

“Polis juga mengesyaki masih lagi ada saki baki dan tali barut (kumpulan itu) yang bersembunyi di Malaysia, khususnya di Sabah, dan kita sedang menyiasat perkara ini,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di sini hari ini.

Five members of the Abu Sayyaf group were shot dead by the police in a shoot-out at a mangrove swamp near Taman Sri Arjuna in Beaufort yesterday morning.

Sabah police commissioner Hazani Ghazali said one of them was the sub-leader of the terrorist group, known as Mabar Binda, who was also wanted by the Philippine government.



He said three others were identified as Abhirsham Samsula@Samseed, Jurakhdam Binda and Alsimar Sukarno, aged between 20 and 40, while the identity of the fifth member had yet to be ascertained.

“With the death of five members of the group, we (police) believe that we have crippled yet another cell of Abu Sayyaf (whose members) have been hiding in Sabah and have pledged allegiance to Daesh (Islamic State).

“We also suspect that there are remnants of the group still hiding in Malaysia, especially in Sabah. We are investigating,” he told a press conference at the Sabah police contingent headquarters here today. FMT

8 ahli kumpulan Abu Sayyaf berjaya diberkas di Beufort



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker