‘Semua sebab ‘content’!’ – Shahirah
Kuala Lumpur: Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 47, selesa mengambil pendekatan tidak mahu menghakimi orang lain dengan mudah terutama ‘Instafamous’ dan selebriti di atas segala tindakan dibuat mereka di media sosial.
Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera berkata dalam pengaruh media sosial sekarang, dia berasakan tindakan dibuat segelintir ‘Instafamous’ dan selebriti yang begitu gemar berkongsi apa saja kepada umum di akaun mereka disebabkan ‘content’.
“Saya sekarang, tidak mahu cepat menghakimi atas perbuatan dan tindakan orang lain. Jadi, buatlah apa kamu rasa nak buat. Nak jadi apa, silakan.
“Apapun, kamu buatlah yang terbaik untuk Allah. Saya sekarang dah belajar tidak menghakimi orang. Tapi, kalau betul dia salah pun, saya takkan ‘judge’. Itu adalah ‘content dia, hak dia,” katanya.
Shiera berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media sama ada wajar atau sebaliknya tindakan segelintir ‘Instafamous’ dan selebriti yang suka berkongsi apa saja foto atau video aktiviti mereka di media sosial.
Pengaruh media sosial ini
Menurut Shiera, kewujudan pengaruh media sosial ini boleh dianggap baharu. Katanya, jika di imbas semula pada era 1970-an hingga 1990-an, golongan selebriti belum terdedah dengan akses kemudahan moden sebegini (media sosial).
“Dahulu, kita (selebriti) mungkin banyak buat hal masing-masing sahaja. Tak semua yang dibuat itu orang nampak, sebab tak ada lagi media sosial. Yang nampak pun hanya Allah atau ada juga kawan-kawan terdekat sahaja.
“Tapi, sekarang ini apa saja yang dikongsi di media sosial akan dapat perhatian dan jadi tarikan ramai. Justeru, sebenarnya masing-masing dah ada ‘content’ sendiri,” katanya.
Apapun, Shiera berkata kalau nak tahu apa yang elok atau tidak dalam hidup ini, semestinya tengoklah nanti bagaimana pengakhiran kita. Ujarnya, semua itu tetap datang daripada Allah.
Baru-baru ini, Shiera muncul pada sidang media virtual yang diadakan TV3 untuk mempromosi rancangan hiburan yang dihoskannya bersama pelakon dan penyanyi, Naim Daniel pada Aidilfitri ini.
Shiera dan Naim berganding buat kali pertama sebagai pengacara untuk program Karok Ok yang akan menemui penonton, jam 10.30 malam di TV3 pada 23 Mei ini.
Selain mereka, barisan penyanyi lain turut diundang dalam program itu ialah Tuju, Loca B, Cik Manggis, Amir Masdi, Wany Hasrita dan Haqiem Rusli.
Baca Artikel Menarik
Layari Laman Facebook My KMU NeT
SHARIFAH SHAHIRAH MENGAKU LIMA ORANG ANAK SUDAH CUKUP