Anak saya tak bawa ‘balik’ varian Afrika Selatan, kata Nik Abduh

Sebaran :


Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, menafikan anaknya membawa “pulang” varian Covid-19 Afrika Selatan sehingga mencetuskan kluster Bunut Sarang Burung.

Ia selepas beliau memuat naik status di Facebook pada 5 April lalu berkongsi kegembiraan menyambut kepulangan anak sulungnya yang pulang bercuti dari Afrika Selatan.

Semalam, tular tangkap layar Facebook yang mempersoalkan kepulangan anak sulung Nik Abduh ke Kelantan sama ada menjalani kuarantin atau tidak.

Nik Abduh berkata, mengikut Kementerian Kesihatan (KKM) varian itu menjangkiti seorang remaja berusia 16 tahun sehingga mencetuskan kluster.



“Anak saya berusia 26 tahun, memang betul dia belajar di Afrika Selatan dan pulang ke Kelantan pada 5 April lalu tetapi itu pun selepas menjalani kuarantin wajib selama 10 hari di Kuala Lumpur sebagaimana disyaratkan kerajaan.

“Dia akan kembali semula ke negara berkenaan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.

Nik Abduh berkata, keluarganya tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan berita palsu itu.

“Biar mereka (penyebar) buat pahala banyak-banyak di bulan Ramadan ini,” katanya. FMT



Pengintipan ke atas rakyat, selamatkah kita semua?


Sebaran :

Leave a Reply