Kemenangan Parlimen Pulai penting kekalkan Kerajaan Perpaduan dua per tiga majoriti

Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), Suhaizan Kayat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai menjadi penentu Kerajaan Madani mempunyai majoriti dua per tiga di parlimen.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan itu amat penting agar dengan majoriti lebih pelbagai pindaan atas keperluan semasa negara boleh dilakukan oleh kerajaan perpaduan.

Katanya, ini termasuklah melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya dimana sesetengah kawasan terlalu ramai pengundi sekali gus mustahil untuk seorang ahli parlimen menjaga sehingga 300,000 pengundi.



“Di Parlimen Pulai kemenangan saudara Suhaizan akan benar-benar cukupkan jumlah 148 kerusi parlimen yang mana secara sekaligus akan terus menentukan bahwa Kerajaan Madani, Kerajaan Perpaduan ini mempunyai dua per tiga majoriti di parlimen.

“Kemenangan ini cukup penting kerana ada majoriti lebih pelbagai boleh pinda atas keperluan semasa negara. Kita pun boleh lakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi sesetengah kawasan terlalu ramai pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas melakukan lawatan kerja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1, Johor Bahru, hari ini.

Presiden UMNO itu berkata, gabungan dua tokoh Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang kini Timbalan Speaker juga Suhaizan kelak, melalui keserasian itu dilihat mampu memperjuangkan nasib rakyat di parlimen itu



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker