Pemilik syarikat didakwa tipu tawaran pakej umrah

Pemilik Effah Travel Sdn Bhd itu memperdaya jemaah.

Pemilik syarikat didakwa tipu tawaran pakej umrah

SEREMBAN – Seorang pemilik syarikat pelancongan dan umrah didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menipu dan memperdaya seorang lelaki berkaitan pakej umrah yang melibatkan kerugian lebih RM115,0000.

Tertuduh, Muzzamil Soliheen Musa, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam.



Mengikut pertuduhan, pada 23 Januari hingga 30 Januari tahun lalu, di syarikat Effah Travel Sdn. Bhd. di Nilai di sini, tertuduh telah menipu seorang lelaki berusia 53 tahun dengan memperdaya mendorong lelaki itu menyerahkan wang tunai sebanyak RM115,030 yang mana lelaki itu tidak akan menyerahkan wang tunai tersebut sekiranya tidak diperdayakan oleh tertuduh.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun sehingga 10 tahun dan sebatan, dan boleh juga didenda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M. Kalaivaanan manakala tertuduh diwakili peguam Mohamed Musthafa.

Mohamad Kamil kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin, dan syarat tambahan perlu melapor diri ke balai berdekatan setiap bulan, pasport diserahkan pada mahkamah selain tidak boleh mengganggu saksi sehingga kes selesai.



Mahkamah turut menetapkan tarikh 11 Mac ini bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Seremban, tertuduh turut tidak mengaku bersalah atas pertuduhan memperdaya seorang wanita berusia 31 tahun untuk menyerahkan wang berjumlah RM51,330 atas tujuan sama di sebuah syarikat berbeza pada 13 Januari hingga 23 Februari 2023.

Pertuduhan terhadapnya di bawah seksyen yang sama itu telah dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli yang kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan sama serta menetapkan tarikh 12 Mac ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi. K Online



Pemilik syarikat didakwa tipu tawaran pakej umrah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN



Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut



Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker