Menteri perlu bincang, jangan tunjuk kuasa, campur tangan bidang lain, kata Noh

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tanjong Karang Noh Omar berkata, menteri perlu berbincang, bukannya menunjukkan kuasa mereka dengan campur tangan sesuka hati dalam perkara membabitkan bidang kuasa pihak lain.

Beliau merujuk dakwaan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berhubung campur tangan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dalam urusan polis, termasuk menyekat pertukaran pegawai polis bermasalah.

Noh berkata, beliau kesal kerana perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Apa yang penting sekarang adalah rundingan sebab kalau masing-masing nak tunjuk kuasa, kesannya nanti tidak baik kepada negara.

“Rakan-rakan menteri jangan ingat apabila mereka ada jawatan, mereka ‘powerful’, (sebab) pegawai kerajaan pun dilindungi undang-undang.

‘Saya bukan biawak pemakan bangkai’ – Hamid Bador

“Suruhanjaya Pasukan Polis pula ada bidang kuasanya sendiri. Jadi, apabila masing-masing ada kuasa, kita mesti cari penyelesaian menerusi rundingan,” kata beliau, seperti dilaporkan Sinar Harian, selepas menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Ibu Tunggal Parlimen Tanjong Karang.

Sementara itu, Noh berkata, Akta Polis 1967 jelas menyatakan sebarang peletakan jawatan atau persaraan anggota dalam tempoh perang atau darurat tidak dibenarkan, melainkan persaraan itu adalah saranan KPN sendiri.

Kontrak dua tahun Hamid akan tamat Isnin ini dan timbalannya, Acryl Sani Abdullah Sani akan menggantikannya pada 4 Mei.

Semalam, dua peguam, Abdul Shukor Ahmad dan SN Nair dilaporkan berkata, pelantikan Acryl Sani sebagai KPN baharu boleh dipertikaikan kerana ia dilakukan ketika darurat.

Rasuah, katak politik: Pemuda UMNO desak SPRM bertindak dakwaan KPN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker