Gantung tugas Menteri KDN, tubuh RCI siasat dakwaan campur tangan

PETALING JAYA: Pejuang menggesa siasatan terperinci ke atas dakwaan mengejutkan ketua polis negara berhubung campur tangan menteri dalam negeri dalam urusan polis berkaitan pelantikan pegawai atasan.

Peguam parti itu, Mior Nor Haidir Suhaimi, berkata kerajaan perlu mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani isu yang dibangkitkan Abdul Hamid Bador yang bakal bersara minggu depan.

“Dan sepanjang siasatan, Hamzah Zainudin perlu digantung daripada tugas bagi mengelakkan sebarang campur tangan,” kata beliau dalam kenyataan.

Semalam, Hamid dilaporkan mendakwa Hamzah di sebalik pengeluaran “surat keramat” menyekat dua pegawai kanan polis ditukarkan.

Urusan Penjawatan PDRM Perlu Campur Tangan YDPA

Ini susulan pengakuan Hamzah yang suara dalam rakaman perbualan mengenai rombakan pasukan polis tular di media sosial adalah dirinya.

Mior menyifatkan campur tangan politik dalam pertukaran pegawai atasan polis sebagai penyalahgunaan kuasa.

Terdahulu, Persatuan Patriot Kebangsaan menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memecat Hamzah kerana “menghina, bersikap biadab dan mengabaikan fungsi undang-undang pasukan polis”.

‘Saya bukan biawak pemakan bangkai’ – Hamid Bador

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker