Urusan Penjawatan PDRM Perlu Campur Tangan YDPA

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) merayu campur tangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam urusan perjawatan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, ini kerana Abim menekankan bahawa insiden dan pendedahan yang dibuat Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador semalam jelas telah mencemarkan nama baik PDRM sebagai institusi utama negara dalam mengangkat kedaulatan undang-undang.

Muhammad Faisal berkata, pendedahan Abdul Hamid itu juga boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti PDRM termasuk keyakinan pelabur luar terhadap prinsip kedaulatan undang-undang negara serta kesan-kesan besar lain yang bersifat jangka panjang.

“Abim sentiasa berpendirian bahawa mana-mana institusi penguatkuasaan undang-undang negara seharusnya bersifat neutral dan bebas daripada campur tangan politik agar institusi tersebut dapat menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa rasa takut atau memihak (without fear or favour) sepertimana yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Abim berkeyakinan hasrat ini dikongsi seluruh rakyat jelata yang meletakkan harapan kepada Seri Paduka Baginda sebagai ketua negara untuk mempertahankan maruah dan integriti PDRM,” katanya.

Muhammad Faisal berkata demikian mengulas mengenai kenyataan terbukaAbdul Hamid Bador bahawa wujudnya campur tangan keterlaluan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dalam urusan perjawatan PDRM.

‘Saya bukan biawak pemakan bangkai’ – Hamid Bador

Pada sidang media terakhirnya sebagai IGP semalam, Abdul Hamid membuat beberapa dakwaan, antaranya mengenai campur tangan politik dalam pasukannya.

Malah, dia mengakui tidak senang dan mempunyai hubungan tidak baik atau “bad blood” dengan Hamzah.

Menurutnya, menteri sepatutnya hanya terlibat dalam penggubalan dasar dan tidak harus terbabit dalam mengatur pelantikan pegawai kanan pasukan polis.

Susulan itu, terdapat gesaan daripada pihak pembangkang dan beberapa ahli politik Umno supaya Hamzah disiasat.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Menteri Dalam Negeri perlu mempengerusikan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang membuat cadangan bagi pelantikan pegawai kanan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Hamid merupakan timbalan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman sebelum dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri ketika pentadbiran Najib Razak.

Pada masa itu dia mendakwa penukarannya dilakukan kerana ada kaitan dengan tindakannya menyiasat skandal 1MDB.

Selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum pada 2018, Hamid dipanggil semula untuk bertugas dan dilantik sebagai IGP dengan kontrak selama dua tahun.

Hentikan ‘dosa keringmu’, Hamid nasihati pengkritiknya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker