88% katil ICU di hospital Lembah Klang penuh – Noor Hisham

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah bimbang sekiranya trend peningkatan kes Covid-19 berterusan, kapasiti perkhidmatan kesihatan di Lembah Klang akan mencapai tahap kritikal.

Ini akan memberi impak negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhan, kata beliau.

Beliau berkata, dari 22 Mac hingga hari ini, Selangor mencatatkan 22,099 kes atau 27.7% daripada keseluruhan 79,881 kes Covid-19, manakala Kuala Lumpur merekodkan 7,019 kes (8.8%) dan Putrajaya melaporkan 264 kes (0.3%).



Kata beliau, nilai kebolehjangkitan (RT) negara ketika ini adalah 1.14, tetapi Selangor adalah 1.20, manakala Kuala Lumpur (1.16) dan Putrajaya (1.0).

Noor Hisham berkata, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) di hospital sekitar Lembah Klang kini mencapai 88%.

“Sebanyak 277 katil ICU diperuntukkan bagi pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 bagi negeri-negeri Lembah Klang.

‘Saya bukan biawak pemakan bangkai’ – Hamid Bador



“Daripada jumlah ini, 152 katil ICU dikhususkan untuk merawat pesakit Covid-19 dan kadar penggunaan telah mencapai lebih 88%,” kata beliau dalam kenyataan.

Beliau berkata, kadar penggunaan katil ICU bagi merawat Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kini melebihi 70%.

“Manakala Hospital Selayang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pula melaporkan penggunaan katil kritikal/ICU Covid-19 pada kadar melebihi 50%.”



Kata beliau, ia berpunca daripada peningkatan kemasukan kes kritikal sebanyak 62% berbanding dua minggu lalu dan setakat hari ini, 108 unit ventilator diperlukan untuk pesakit Covid-19 di Lembah Klang sahaja.

Selain memindahkan pesakit ke hospital lain dengan lebih banyak katil, kata beliau, Hospital Sungai Buloh turut menambah katil kritikal/ICU secara berfasa bagi memenuhi keperluan semakin meningkat.

Beliau berkata, pembedahan dan prosedur elektif akan dikurangkan atau ditangguhkan supaya lebih banyak katil hospital dikhususkan untuk pesakit Covid-19, manakala wad biasa yang sesuai akan ditukar kepada fungsi kritikal, dengan 80 katil disediakan ketika ini.

Kerajaan nilai semula pelaksanaan PKP – Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker