Resepi Rendang Daging Hari Raya
Rendang Daging Hari Raya
Masa Penyediaan: 30 minit,
Masa Memasak:2 jam,
Jumlah Hidangan:6-8 orang
Hi semua, atas permintaan ramai, kali ni kita akan sediakan menu istimewa niā¦sempena Aidilfitri yang bakal tiba tak berapa hari je lagi.
Ada 2 kaedah masak rendang iaitu bertumis dan tak bertumis, dan kali ni kita sediakan versi tumis, sebab tgk Aunty Aini yang femes dengan rendangnya tu masak dgn Gordon Ramsey rendang daging style yang bertumis.
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk kisar halus:
7-8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
3 batang serai
15-20 tangkai cili kering
sedikit air
Bahan-bahan untuk sangai:
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil biji jintan putih
1 sudu kecil biji jintan manis
Bahan-bahan untuk lain:
2 cawan minyak masak
1 kilo daging lembu
2 cawan santan cair
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam keping (kalau kepingan besar, letak separuh je dulu)
2-3 sudu besar kerisik
1-2 helai daun kunyit
2-3 helai daun limau purut
gula nisan atau gula melaka secukup rasa
garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
Buang tulang tengah daun kunyit kemudian gulung dah hiris nipis. Simpan dalam bekas bertutup untuk elakkan daun kering.
Cincang kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas dan serai.
Masukkan ke dalam blander bahan cincang tadi, air dan cili kering (telah direbus).
Kisar halus (jangan terlebih bland, pastikan masih ada serat2 halus).
Potong daging (arah lawan urat) kepada ketulan sederhana dalam 2 inci.
Sangai (goreng tanpa minyak) biji ketumbar, biji jintan putih dan biji jintan manis sampai garing atau sehingga naik bau.
Masukkan rempah tadi ke dalam lesung batu dan kisar halus.
Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan daging.
Masukkan rempah yang telah dikisar dan kacau sikit.
Masukkan santan cair.
Renehkan sehingga daging masak empuk.
Bila dah kering dan daging masak empuk, masukkan santan pekat.
Masukkan asam keping dan masak sehingga kuah pekat.
Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
Masukkan daun limau purut yang telah dibuang tulang tengah.
Masukkan gula melaka @ gula nisan.
Last sekali masukkan garam secukup rasa.
Tips:
Kunyi segar akan buat rendang lebih wangi dan lebih sedap.
Untuk tahu arah lawan urat, tengok arah selari urat dan potong arah yang bertentangan.
Lebihkan sikit minyak bila memasak sebab kita nak bagi naik bau bahan kisar dan masak garing, lebihan minyak boleh dikeluarkan nanti.
Resepi Che Nom
Rendang Daging Hari Raya
Baca Artikel Menarik
Layari Laman Facebook My KMU NeT
You must be logged in to post a comment.