KPN hentam campur tangan Menteri KDN pada sidang media terakhir


Tiga hari sebelum melepaskan jawatan, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengeluh berkaitan campur tangan politik dalam pasukannya.

Malah, dia mengakui tidak senang dan mempunyai hubungan tidak baik atau “bad blood” dengan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

“Jangan megah sangat, (kata) kita menteri dalam negeri berkuasa sangat. Come on,” katanya.

Menurutnya, menteri sepatutnya hanya terlibat dalam penggubalan dasar dan tidak harus terbabit dalam mengatur pelantikan pegawai kanan pasukan polis.

Hamid berkata, perkara itu telah pun disampaikan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Saya bukan langgar saja,” katanya pada sidang media terakhir dengan pengarang-pengarang media di Bukit Aman hari ini.

Dia juga membangkitkan kelemahan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang menurutnya tiada pejabat dan bermesyuarat hanya empat kali setahun

“Sepatutnya setiap bulan bermesyuarat. Mesyuarat pun dua jam, macam minum kopi. Tak ambil berat,” katanya.

Di masa depan, Hamid mencadangkan suruhanjaya itu diketuai oleh pihak tidak berkepentingan, seperti bekas ketua hakim negara. Mk

Lantik dan tukar polis: Pengakuan Hamzah perlu disiasat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker