BN kemuka petisyen DUN Bukit Batu

SUNGAI SIPUT – Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan petisyen pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu ke Mahkamah Tinggi ekoran calonnya daripada MIC tewas dengan majoriti kecil.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, petisyen bagi tujuan kiraan semula itu juga dibuat berikutan jumlah undi rosak bagi DUN berkenaan terlalu tinggi iaitu lebih 600 kertas undi.

Katanya, jumlah kertas undi rosak itu mengatasi undi majoriti yang diperolehi calon PKR, Arthur Chiong Sen Sern sebanyak 137 undi.



“Saya diberitahu, lebih 600 undi rosak dan kita telah pun membuat bantahan tetapi difahamkan bantahan itu perlu dibuat mengikut saluran-saluran tertentu.

“Jadi, kita akan membuat rayuan kepada mahkamah supaya kita boleh memastikan pengiraan undi itu dibuat secara betul,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian bantuan Tabung Pendidikan India Negeri Perak di pejabat BN Sungai Siput di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam, Sen Sern memenangi kerusi berkenaan dengan 9,439 undi menewaskan calon MIC, S. Suppayah yang memperoleh 9,302 undi.

Mengulas kemenangan BN yang berjaya membentuk kerajaan baharu selepas menang dua pertiga pada PRN Johor, Vigneswaran berkata, kemenangan tersebut merupakan bukti pengiktirafan rakyat negeri itu kepada calon BN.



Malah katanya, undi kaum India kepada BN juga dilihat semakin meningkat dan bukan hanya sekadar retorik

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven



Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker