Kementerian pelancongan mahu gelembung perjalanan sehingga Disember

PETALING JAYA: Kementerian pelancongan, seni dan budaya mahu inisiatif gelembung perjalanan antara zon hijau yang diperkenalkan tahun lalu untuk memacu sektor pelancongan, diteruskan sehingga Disember ini.

Menterinya Nancy Shukri berkata, beliau telah membangkitkan isu itu dengan kementerian-kementerian yang berkaitan.

“Kementerian turut mencadangkan kerjasama dengan syarikat penerbangan diteruskan di bawah perancangan pemulihan pelancongan,” katanya ketika perjumpaan dengan industri penerbangan, serta sektor Mesyuarat, Inisiatif, Persidangan dan Pameran (MICE) dan pihak berkaitan lain.



Nancy berkata demikian susulan cadangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAB) Kapten Izham Ismail untuk insentif ‘one-off’ di bawah gelembung perjalanan itu dilanjutkan bagi membolehkan pengguna menikmati diskaun tiket penerbangan.

Gelembung perjalanan: Hishammuddin akan hubungi Singapura

Berhubung cadangan oleh CEO Kumpulan AirAsia supaya gelembung perjalanan itu dilanjutkan untuk perkhidmatan perlu serta perniagaan, Nancy berkata kementeriannya telahpun mencadangkan lima negara baharu dimasukkan di bawah inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Gelembung Perjalanan.



Lima negara itu adalah Brunei, Korea Selatan, New Zealand, Australia dan Jepun.

“Bagaimanapun, ini bukan saja tertakluk kepada perjanjian dua hala antara negara terlibat, tetapi juga persetujuan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Luar Negara, Kementerian Dalam Negeri serta Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Sementara itu, Nancy berkata Tourism Malaysia akan meneruskan aktiviti promosi dan pemasaran di bawah Program Pembangunan Pelancongan Bersama Antarabangsa sehingga Disember.

Siapa Haziq Aziz?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker