Biodata Artis Rita Rudaini

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang  Artis Rita Rudaini yang telah dikemaskini pada 27 Apr 2021. Rita Rudaini nama sebenarnya  Rita Rudaini binti Mokhtar (lahir 11 April 1976) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Sepanjang kerjayanya, beliau membintangi banyak drama TV tempatan. Biarpun agak jarang muncul di layar perak, Rita dikenali melalui filem Mami Jarum Junior hingga memberikannya pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18 pada tahun 2004.

Rita menyertai pertandingan Dewi Remaja 98/99, dan berjaya menjadi finalis. Namun beliau tewas kepada penyanyi pop Juliana Banos. Antara finalis lain pertandingan tersebut adalah Wardina Safiyya dan Julia Hana. Rita pertama kali menjadi model untuk video muzik penyanyi Rem pada 1997. Dalam video muzik Selingkar Kasih itu, Rita melakonkan watak sebagai obsesi Rem.

Pada 1999, setelah dikenali menerusi pertandingan Dewi Remaja, Rita disunting pengarah tersohor, Yasmin Ahmad untuk muncul dalam iklan komersil PEPSI. Dalam iklan tersebut, Rita melakonkan watak sebagai rakan baik kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza. Turut berlakon dalam iklan tersebut ialah model Alan Yun. Nama Rita menjulang naik dalam bidang modeling lewat 1999 hingga 2006. Antara iklan komersil yang dilakonkannya adalah Maybeline, Head & Shoulders, Whiskas, Petronas, Astro Movie Package dan banyak lagi.



Sejak 2005, Rita dilantik menjadi wajah komersil produk Secret Garden. Rita berganding bersama pelakon Maya Karin, Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz sebagai wajah kempen prabayar Celcom sejak 2008. Pada 2009, Rita menjadi salah seorang penggerak kepada promosi produk jualan langsung One Drop Perfume. Selain membantu promosi, Rita juga bergelar usahawan produk tersebut. Pada tahun 2010, Rita dan anak lelakinya Airit Rayyan telah dilantik menjadi duta produk ibu dan bayi serta wajah Rita digunakan untuk kempen Safi Rania Gold.

 

Rita Rudaini
Kelahiran
Rita Rudaini binti Mokhtar

11 April 1976

Kangar, Perlis, Malaysia
Pekerjaan Model, pelakon
Tahun aktif 1998–kini
Pasangan Akbar Shaari (k. 1999; c. 2001)
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (k. 2008; c. 2013)
Anak 2

FOTO



[VIDEO] Rita Rudaini Bersenam Pun Kena Perli..Buat Salah Tak Buat Pun Salah…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker