Kedai makanan laut ‘cekik darah’ di Pangkor diserbu KPDN [VIDEO]

LUMUT: Sebuah kedai makanan laut di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor, yang tular kerana mengenakan harga tidak masuk akal terhadap pelanggan digempur penguat kuasa Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata serbuan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) selepas pihaknya mengesan kiriman tular di TikTok dan kandungan sama dikongsikan pengguna lain di Facebook, Jumaat lalu.

“Hasil maklumat Ops Samar mendapati premis yang diadu tidak meletakkan tanda harga makanan hasil laut yang belum dimasak serta didapati tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan makanan hasil laut.

“Premis terbabit hanya meletakkan tanda harga ketika pemeriksaan pegawai beruniform hari ini.

“Pemeriksaan dan perbandingan harga mendapati harga premis berkenaan lebih tinggi berbanding restoran lain sekitar Teluk Nipah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan kes diambil ke atas peniaga terbabit kerana disyaki melanggar Seksyen 140(3)(a)(b) Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu gagal meletakkan butiran nama dan alamat perniagaan serta tarikh pembelian dalam resit yang dikeluarkan kepada pengguna.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011,” katanya.

Jelas Kamaluddin lagi, sekiranya didapati berlakunya kesalahan mencatut dalam menjual atau membekalkan barangan dan perkhidmatan di bawah Seksyen 14(1) AKHAP 2011, peniaga terbabit boleh dikenakan penalti RM500,000.

Beliau turut mengingatkan peniaga lain di pulau bebas cukai itu supaya bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong.

Terdahulu, tular video di aplikasi Tikttok dikongsikan pengguna @keknyahfornour meluahkan rasa tidak puas hati dengan sebuah kedai makanan laut yang mengenakan harga RM142 untuk hidangan ikan siakap bakar, tomyam, telur dadar, udang goreng tepung dan air kosong untuk dua orang.

Pengguna terbabit turut membandingkan harga terbabit tidak setimpal dengan aspek kebersihan di kedai terbabit yang dilihat menggunakan kerusi berkulat untuk pelanggan.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker