[VIDEO] Rita Rudaini Bersenam Pun Kena Perli..Buat Salah Tak Buat Pun Salah…

Pelakon Rita Rudaini menyelar tindakan netizen yang menuduhnya bersenam kerana sudah dilantik sebagai duta produk kesihatan.

Menurut Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 44, dia bersenam untuk memastikan kestabilan kesihatan ditambah pula dengan usia yang semakin meningkat



“Gigih sungguh bersenam. Dapat jadi duta produk kesihatan dan kecantikan ke atau setakat berlakon drama biasa-biasa saja?,” tulis seorang warga maya dalam ruangan komen dalam Instagram Rita.

Bagaimanapun, Rita membalas, kesungguhannya memuat naik video senaman bukanlah kerana dilantik sebagai duta dan tidak seharusnya dipertikaikan.

Tangkap layar komen balas Rita terhadap seorang netizen yang menuduhnya bersenam kerana dilantik sebagai duta.

“Bersenam pun salahkah? Semua orang akan tua, mak awak pun tua juga nanti. Sekarang aku nak jadi duta atau tidak pun, tak akan beri kesan langsung kepada kehidupan orang lain.

“Maaf jika Allah SWT ciptakan Rita Rudaini di muka bumi ini buat hidup awak sakit,” balasnya.



Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular menerusi filem Mami Jarum itu turut menzahirkan rasa syukur walaupun diberikan tawaran berlakon drama yang biasa-biasa sahaja.

“Alhamdulillah walaupun jual keropok atau nasi lemak tepi jalan pun tetap rezeki daripada Allah SWT. Drama biasa-biasa pun rezeki juga.

“Sebelum awak nak cakap lebih panjang, lebih baik semak dulu saya pernah jadi duta apa sebelum ini,” katanya.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga memberitahu, dia sudah penat menjadi duta pelbagai jenis produk sebelum ini.



“Duta apa yang aku belum jadi lagi. Berilah peluang kepada orang lain pula.

“Pentingkah semua itu untuk awak tahu? Rasanya aku ini memang selalu menghantui hidup awak sampai mati sebab takut sangat dengan hidup aku yang biasa-biasa ini,” ujarnya. – K! ONLINE

View this post on Instagram



A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Trump gelar pakar COVID-19 sebagai ‘bodoh’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker